Ketika ini, kita sudah tidak memerlukan kamera digital ataupun kamera yang menggunakan roll filem untuk menangkap gambar. Almaklumlah, teknologi yang makin canggih membolehkan anda menangkap gambar hanya menggunakan telefon pintar.

Adakah anda masih menyimpan filem-filem negatif anda? Jika ada, mungkin anda mahu melihat kembali gambar kenangan anda ketika itu. Pengguna Facebook Jh-Arland Pasion telah berkongsi cara untuk tukar filem negatif jadi gambar digital. Ayuh kita ikuti perkongsian beliau!

1. Ambil filem negatif yang anda mahu.

2. Buka gambar latar belakang putih di telefon pintar (gunakan telefon ke-2) dan letakkan filem negatif tadi di atas gambar tersebut.

3. Tingkatkan tahap kecerahan telefon supaya gambar filem negatif dapat dilihat dengan lebih jelas.

1

4. Buka aplikasi PicsArt atau mana-mana aplikasi yang boleh digunakan sebagai bahan suntingan dan memiliki fungsi negative dan enhance tool.

5. Tekan pada ikon effect dan kemudian ikon colour sebelum tekan pada ikon negative. Sekiranya perlu, tekan lagi ikon negative.

2

3

6. Tekan ikon ‘adjust’ untuk melaraskan gambar mengikut spesifikasi yang anda perlukan.

7. Tekan ‘crop’ untuk potong gambar anda sebelum laraskan kedudukan gambar dan simpan. Siap.

Selepas ini, bolehlah anda cuba untuk jadikan gambar filem negatif kepada digital. Lalu, kongsikan di media sosial atau simpan sebagai kenangan. Selamat mencuba.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel tentang tip yang mungkin bermanfaat dalam hidup anda. Klik sahaja pautan di bawah ini.

https://www.thevocket.com/ini-tip-ambil-gambar-ketika-melancong-untuk-beginner/

https://www.thevocket.com/5-tip-penting-buat-anda-yang-mahu-mulakan-perniagaan-dengan-yakin/

https://www.thevocket.com/raih-9-6k-retweet-ini-7-tip-barang-basah-kekal-segar-dan-tahan-lebih-lama/