Ramai sudah mula menghasilkan konten seperti vlogging menerusi telefon pintar untuk dimuat naik ke platform media sosial. Namun, video yang lebih baik boleh dihasilkan sekiranya mereka tahu terdapat setup vlog murah yang boleh didapati di pasaran.

Menerusi akaun TikTok @putraz99, beliau telah berkongsi satu setup vlog yang murah buat mereka yang ingin menghasilkan video vlog yang baik. Berikut merupakan setup alatan vlog yang boleh anda beli dengan bajet serendah RM70.

1. Tripod

setup vlog
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali anda memerlukan sebuah tripod mini. Kaki tripod ini boleh dilaraskan bagi mendapatkan pelbagai jarak yang berlainan pada video tersebut. Pengguna juga boleh meletakkan tripod berkenaan di atas meja jika perlu.

Tripod ini sangat fleksible dengan kebolehan diputarkan pada sebarang sudut dengan mudah. Terdapat bearing gravity yang boleh menggurangkan gegaran sepanjang sesi rakaman. Ditambah pula pada bahagian tempat letak telefon disertakan sponge clamp bagi memberikan cengkaman yang lebih baik semasa rakaman.

Rekaan yang kompak menjadikan ia mudah untuk dibawa ke mana-mana serta disimpan pada ruang yang kecil. Majoriti telefon pintar boleh dipasang pada tripod berkenaan dan boleh beroperasi dengan mudah. Anda boleh dapatkan tripod mini di Shopee pada harga serendah RM4.40 sahaja.

2. Pemegang telefon

setup vlog
Sumber gambar: Shopee

Pemegang telefon juga antara alatan yang penting di dalam vlogging. Pelarasan yang fleksbile serta boleh menukar posisi telefon pintar daripada melintang ke menegak dengan mudah. Jadi, pengguna boleh merakam video mengikut format yang bersesuaian dengan platform berkenaan.

Terdapat slot skru universal yang tersedia dapat memudahkan pemasangan pada semua jenis tripod atau alatan media yang berkaitan. Dan ia hadir dengan hot shoe yang membolehkan pemasangan lampu mini LED atau mikrofon tambahan dengan senang.

Rekaannya yang ergonomik membolehkan ia dipasang dan ditanggal pada bila-bila masa. Sekiranya anda berminat boleh dapatkan pemegang telefon di Shopee dengan harga serendah RM18.90 sahaja.

3. Lampu

setup vlog
Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, anda turut memerlukan lampu LED  mini tambahan yang boleh dipasang pada pemegang telefon. Fungsi lampu tambahan ini bagi menghasilkan tona cahaya yang natural pada video yang dirakam. Secara tidak langsung, video anda mempunyai tona yang konsisten dan kelihatan profesional apabila ditonton.

Lampu ini juga berkebolehan menampilkan subjek dengan lebih jelas melalui pancaran cahaya yang betul. Terdapat beberapa mod cahaya yang boleh dilaras mengikut kesesuaian pengguna dan keadaan sekeliling. Penggunaan lampu tambahan ini dapat memendekkan proses suntingan video yang pasti memberikan kelebihan buat content creator.

Di samping itu, lampu ini dilengkapi dengan bateri sebesar 2000mAh dengan jangkaan penggunaan sehingga 5 jam. Yang menariknya, ia mempunyai sokongan memasang beberapa lampu tambahan bagi menerangi kawasan yang lebih luas. Anda boleh dapatkan lampu LED mini yang berkualiti tinggi oleh Ulanzi melalui Shopee dengan harga serendah RM29 sahaja.

4. Mikrofon

Sumber Gambar: Shopee

Elemen yang penting di dalam suatu konten semestinya kualiti audio yang baik. Kehadiran mikrofon luaran dapat menghasilkan audio yang lebih jelas pada konten berkenaan. Oleh yang demikian, penonton lebih mudah mengikuti sepanjang senario yang dipaparkan.

Penggunaan mikrofon juga boleh memastikan suara atau bunyi yang dirakam akan sentiasa jelas pada setiap masa. Ditambah pula rekaan yang kecil berserta klip boleh disangkut pada baju dengan senang. Pengguna boleh bawa mikrofon tersebut ke mana-mana dan boleh terus buat rakaman secara langsung.

Pemasangannya sangat mudah dengan hanya memasukkan pada audio jack atau guna converter usb type-c. Mikrofon jenis lavalier sangat bersesuaian dengan konten yang santai dan boleh didapati dengan harga yang murah. Anda boleh dapatkan mikrofon lavalier di Shopee pada harga serendah RM8.90 sahaja.

@

♬ –

Selepas ini, anda sudah boleh menghasilkan konten vlogging yang bagus dengan mendapatkan alatan setup pada harga yang berbaloi. Konten anda akan tampak lebih menarik untuk tontonan dan sekaligus boleh menambah jumlah pengikut di platform berkenaan.

Terdapat 7 aplikasi suntingan video terbaik di Android yang boleh didapati secara percuma buat anda yang ingin hasil video yang lebih menarik.

7 Aplikasi Edit Video Terbaik Android Yang Ditawarkan Secara Percuma

Cara-Cara Edit Green Screen Guna Aplikasi Telefon Pintar

Sumber