Minggu ini telah menyaksikan ASUS mengumumkan beberapa seleksi produk terbaru sempena dengan acara Incredible Unfolds dalam dilancarkan di CES 2022. Acara ikonik ini diadakan dalam usaha untuk meningkatkan lagi industri PC dan komputer riba serta menawarkan seleksi produk terbaik buat pilihan penggguna.

Sebanyak empat model terbaru telah dilancarkan pada kali ini terdiri daripada ASUS Zenbook 17 Fold OLED, Zenbook 14X OLED Space Edition, ASUS ProArt Display PA169CDV, ASUS TUF Gaming F15 and TUF Dash F15. Berikut merupakan perubahan terbaru yang dibawakan pada barisan model yang dilancarkan ini.

ASUS Zenbook 17 Fold OLED (UX9702)

ASUS pada kali ini telah bekerjasama bersama Intel dan BOE Technology Group dalam usaha untuk menghasilkan ASUS Zenbook 17 Fold OLED sekaligus muncul sebagai model komputer riba pertama dunia dengan skrin 17.3-inci serta mampu dilipat.

Mengulas dari segi paparan, model mampu menawarkan dua dua paparan iaitu 17.3-inci dengan 2.5K touchscreen dan 12.5-inci dengan resolusi 1920 x 1280. Selain itu, model ini turut menyokong PANTONE® serta pengesahan TÜV Rheinland yang mampu mengurangkan kesakitan pada mata untuk tontonan pada waktu panjang. Sokongan audio Harman Kardon antara yang tersedia.

Dari segi spesifikasi, model ini dikuasakan oleh Intel Core-i7 generasi ke-12 beserta grafik Intel Iris. Penawaran empat port USB-C Thunderbolt beserta pengecasan pantas 75Wh antara yang tersedia.

Model ini disasarkan buat mereka yang kerap membuat kerja suntingan yang mahukan kuasa pemprosesan yang tinggi dan sedia untuk ditawarkan menjelang pertengahan tahun 2022.

ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition (UX5401)

Sebuah lagi model yang dilancarkan ASUS pada kali ini adalah ASUS Zenbook 14X OLED Space Edition ini merupakan sebuah komputer riba istimewa kerana berjaya dihasilkan bersempena ulang tahun ke-25 komputer riba ASUS P6300 menjalani eksplorasi angkasa.

Model ini hadir dengan kemasan warna dan material yang unik. Selain itu, model ini turut disertakan dengan skrin 3.5-inci OLED pada bahagian luaran komputer riba yang mampu memaparkan teks yang dikhendaki.

Model ini dikuasakan oleh processor Intel Core-i9 generasi ke-12, grafik Intel Iris beserta sokongan SSD dan Intel WiFI 6E. Selain itu, model ini turut menawarkan skrin 14-inci dengan paparan 2.8K beserta refresh rate 90Hz.

ASUS Zenbook 14 OLED (UX3402)

ASUS Zenbook 14 OLED merupakan sebuah komputer riba yang berkuasa tinggi, nipis dan ringan sekaligus menjadi pilihan pengguna bagi kategori saiz skrin 14-inci. Model ini hadir dengan dua pilihan warna iaitu Aqua Celadon dan Ponder Blue.

Mengulas dari segi saiz, model ini cuma direkodkan setebal 16.9mm dan mempunyai berat 1.39kg sahaja. Model ini dikuaskan oleh processor Intel generasi ke-12, grafik Intel Iris beserta 16GB RAM. Penawaran PCIe 4.0 SSD antara yang tersedia bersama sokongan pengecasan pantas 75Wh.

ASUS Chromebook Flip CX5 (CX5601)

ASUS Chromebook Flip CX5 tampil dengan keuninakan menawarkan 360° ErgoLift hinge di mana para pengguna berpeluang mengubah kepada posisi berbeza mengikut keselesaan.

Model ini menawarkan paparan merangkumi 87% pada bahagian hadapan skrin dengan ratio 16:9. ASUS Chromebook Flip CX5 dikuasakan oleh processor Intel Core-i7 generasi ke-12, grafik Intel Iris Xe beserta RAM 16GB. Selain itu, model ini turut ditawarkan dengan sistem audio Harman Kardon beserta empat speaker berkualiti tinggi.

ASUS ExpertBook B5 series

ASUS ExpertBook B5 merupakan komputer riba yang memfokuskan kepada saiz yang ringan yang dikhususkan buat mereka yang kerap membuat kerja secara on the go.

Model terbaru pada siri kali ini ditawarkan dengan saiz skrin 14-inci menggantikan model terdahulu yang cuma 13-inci. ASUS ExpertBook B5 ditawarkan dengan processor Intel Core-i7, grafik Intel Iris Xe serta menyokong penawaran RAM sehingga 48GB. Sebuah komputer riba yang berbaloi khusus buat mereka yang mahukan komputer riba yang berspesifikasi tinggi, nipis dan ringan.

ASUS ProArt Display PA169CDV

Model berspesifikasi tinggi daripada ASUS ini hadir dengan saiz skrin 15.6-inci beserta paparan 4K UHD IPS. Selain itu, model ini turut menyokong teknologi Wacom EMR yang ditawarkan bersama ProArt Pen.

Model ini dikhususbuat buat content creator serta mereka yang kerap membuat kerja suntingan dalam menawarkan kerja produktif serta bebas daripada masalah menerusi spesifikasi tinggi yang ditawarkan. Sementara itu, model ini turut ditawarkan bersama ASUS Dial yang menyokong perisian daripada Adobe dalam menawarkan gerak kerja yang lancar.

ASUS TUF Gaming F15 dan F17

Khusus buat pengguna yang kerap bermain game, ASUS TUF Gaming F15 dan F17 yang baru sahaja dilancarkan ini antara yang boleh dijadikan pilihan. Model ini dikuasakan oleh processor Intel Core i7-12700H beserta kad grafik NVIDIA® GeForce RTX™ 3070.

Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan MUX Switch yang membantu pengalaman bermain game lebih baik menerusi peningkatan dari segi prestasi. Para pengguna juga pastinya tidak mengalami isu melibatkan komputer riba cepat panas menerusi penyertaan ASUS Arc Flow Fans.

TUF Dash F15

Mulai dilancarkan pada tahun 2021, ASUS TUF Dash dilancarkan dalam menawarkan komputer riba gaming yang nipis dan ringan. Usaha ASUS nampaknya terbalas di mana ASUS turut meneruskan model ini pada tahun ini bersama spesifikasi yang lebih baik.

Mengulas dari segi spesifikasi, model ini ditawarkan dengan processor Intel Core i7-12650H bersama kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 dan MUX Switch. Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan paparan yang mampu menyokong sehingga 165Hz refresh rate.

Model ini turut dilengkapkan dengan sokongan port USB-C yang memudahkan pengguna untuk mengecas secara pantas. Sekiranya anda mahukan komputer riba yang versatil, nipis dan ringan mungkin ASUS TUF Dash wajar dijadikan pilihan.

Ikuti pengumuman penuh pelancaran komputer riba terbaru ASUS menerusi CES 2022 dengan tonton video di bawah. Sama-sama kita nantikan model ini ditawarkan di Malaysia beserta harga yang berbaloi bagi memenuhi keperluan pengguna.

Ikuti juga 5 barisan model komputer riba OLED yang dilancarkan ASUS dalam memenuhi keperluan anda sebagai pengguna.

5 Barisan Model Komputer Riba OLED Yang Dilancarkan ASUS Bagi Memenuhi Keperluan Pengguna

Mampu Milik Dan Penuh Gaya, Ini Sebabnya ASUS Vivobook Pro 15 OLED Menjadi Pilihan Penghasil Konten Muda