Sudah menjadi kriteria utama orang ramai memilih komputer riba yang nipis dan kompak setiap kali mahu mendapatkannya bagi tujuan pekerjaan mahupun produktiviti.

Malah, perkara ini menjadi antara keperluan khususnya buat penghasil konten dalam memudahkan menghasilkan konten dan membuat suntingan di mana-mana sahaja tanpa mengira lokasi dengan mudah.

Mengulas mengenai melakukan tugasan tanpa mengira lokasi, pastinya seseorang pengguna memerlukan sesebuah komputer riba yang versatil dan juga penuh dengan gaya. Hal ini secara tidak langsung bakal memberi keyakinan kepada penggunanya disamping dapat meningkatan produktiviti menerusi spesifikasi yang ditawarkan.

Komputer riba dengan paparan OLED

Sebuah lagi perkara yang pengguna sering kali terlepas pandang adalah komputer riba dengan penggunaan paparan OLED. Untuk pengetahuan, penggunaan OLED sangat membantu pengguna dalam mendapatkan kontras warna terbaik menerusi setiap video yang disunting di samping menawarkan warna terbaik untuk tontonan pengguna.

Warna yang ditawarkan akan tampil lebih jelas, terang dan menariknya model dengan paparan OLED berjaya mengurangkan sinaran lampu biru sehingga 70% berbanding paparan LCD. Dalam erti kata lain, para pengguna berpeluang menggunakan komputer riba tanpa mengalami masalah melibatkan mata kering atau pedih dalam tempoh yang panjang.

Khusus buat pengguna yang menggunakan komputer riba bagi tugasan berat, sudah pastinya masalah melibatkan komputer riba menjadi panas serta kipas berbunyi dengan kuat antara yang dihadapi.

Dalam pada itu, lambakan komputer riba yang berada di pasaran pada ketika ini nampaknya seolah tidak memenuhi keperluan yang didambakan pengguna. Mengetahui isu yang berlaku, ASUS pada kali ini telah tampil menawarkan model ASUS Vivobook Pro 15 OLED dalam menjawab keperluan dan keinginan pengguna.

ASUS Vivobook Pro 15 OLED

Model penuh gaya ini pastinya menjadi pilihan mereka yang kerap membuat kerja melibatkan suntingan khususnya penghasil konten. Menerusi model ASUS Vivobook Pro 15 OLED, Model ini hadir dengan paparan OLED NanoEdge beresolusi 16:9 FHD bagi saiz skrin 15.6-inci meliputi 84% bahagian skrin. 

Selain itu, model ini turut dilengkapkan dengan penawaran spesifikasi yang hebat menerusi pilihan processor antara Intel® Core™ i5/i7 dan juga AMD Ryzen 5/7 dan juga AMD Ryzen 9 5900HX. 

Penawaran ASUS ICECool Plus beserta dwi-kipas pada ASUS VivoBook Pro 15 OLED bakal membantu menyejukkan ruang komponen komputer riba bagi memastikan model ini terus berada dalam suhu yang optimum meskipun digunakan untuk kerja-kerja melibatkan editing mahupun gaming.

ASUS Vivobook Pro 15 OLED turut menyokong RAM sehingga 16GB dan juga ruang storan SSD sehingga 512GB. Paling menarik, para pengguna turut berpeluang mendapatkan model ini dengan penggunaan kad grafik RTX 3050 menerusi pilihan spesifikasi tertinggi. Pastinya tiada lagi masalah untuk menyunting video dalam resolusi tertinggi.

Harga

Mengulas dari segi harga, ASUS Vivobook Pro 15 OLED sedia ditawarkan dengan harga bermula daripada RM3,799 sehingga RM5,199 untuk spesifikasi tertinggi. Model dengan penggunaan processor Intel ditawarkan dengan warna Cool Silver manakala model dengan processor AMD hadir dengan warna Quiet Blue.

Sememangnya sebuah harga yang berbaloi melihatkan kepada pakej lengkap yang ditawarkan pada ASUS pada kali ini. Model yang hadir dengan Windows 10 Home ini sedia menerima kemas kini Windows 11 apabila ditawarkan kelak.

Microsoft Office Home dan Student 2019 antara yang ditawarkan bersama waranti sehingga 2 tahun beserta backpack untuk menggalas komputer riba ini dengan lebih mudah.

Para pengguna berpeluang mendapatkan ASUS Vivobook Pro 15 OLED secara rasmi menerusi Lazada dan juga Shopee. Selain itu, anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai model serba berbaloi ini dengan layari laman rasmi ASUS.

Ketahui juga lima produk terbaru daripada ASUS yang ditawarkan dengan paparan OLED bagi memenuhi keperluan pengguna.

5 Barisan Model Komputer Riba OLED Yang Dilancarkan ASUS Bagi Memenuhi Keperluan Pengguna

5 Sebab ASUS Vivobook Pro 15 OLED Bakal Menjadi Pilihan Buat Anda Yang Pentingkan Produktiviti