Sejak Rusia memulakan serangan terhadap negara Ukraine, mereka telah menerima tekanan hebat dari seluruh negara termasuklah sekatan ekonomi secara berterusan daripada sejumlah syarikat. Hal ini sekaligus memberi kesan yang besar terhadap kelangsungan hidup rakyat di negara tersebut.

Terbaharu, kerajaan Rusia dilaporkan sedang memikirkan cara untuk membenarkan pencetakan rompak perisian yang sah. Dengan undang-undang tersebut, ia bakal menjadi jalan penyelesaian dalam menggunakan produk yang berasal daripada Barat ekoran syarikat-syarikat teknologi ini menghentikan pengedaran di Rusia baru-baru ini.

Sumber Gambar: Shutterstock

Rusia mempunyai rancangan untuk hidup di bawah sekatan jika perlu yang mungkin termasuk menukar undang-undang dalam membenarkan pencetakan perisian daripada Barat untuk memastikan semua perkara boleh beroperasi seperti sedia kala. Malah, terdapat laporan mengatakan mereka sedia menyahsekat laman Torrent terbesar di negara itu.

Antara syarikat ternama yang sudah menghentikan jualan produk dan perkhimdatan di Rusia adalah Microsoft dan Adobe. Rancangan kebenaran mencetak rompak ini merupakan sebahagian daripada strategi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Ekonomi Rusia.

Untuk berbuat sedemikian, kerajaan Rusia secara tidak langsung perlu memansuhkan undang-undang anti-cetak rompak yang ketat terdahulu. Perkara ini sekaligus bakal menjejaskan peruntukkan hak cipta, paten dan pemilik tanda dagangan di negara tersebut dalam melindungi harta intelek seseorang kelak.

Antara syarikat terkemuka yang sudah pun menghentikan jualan produk dan perkhidmatan adalah Apple yang sekaligus menjejaskan urusan pengguna di sana.

Apple Henti Jualan Dalam Talian Untuk Semua Produk Mereka Di Rusia

Stesen Metro Moscow ‘Sesak’ Selepas Pembayaran Apple Dan Google Pay Tidak Lagi Beroperasi