Seperti tiada tanda noktah krisis peperangan yang melanda di antara Rusia dan Ukraine sehingga ke hari ini. Malah, kini makin ramai pihak mulai menunjukkan ketidak puasan terhadap pihak Rusia yang masih menghantar askar serta menyerang sebahagian tempat di sekitar Ukraine.

Oleh itu, terdapat sejumlah syarikat gergasi seperti Apple turut mengambil langkah untuk menghentikan penawaran servis dan jualan produk atau perkhidmatan kepada Rusia ketika ini. Apple kini secara rasminya telah menghentikan penawaran semua produk mereka secara dalam talian di Rusia.

Malah, mereka turut telah menghentikan eksport ke negara berkenaan. Selain menghentikan penawaran sejumlah produk seperti iPhone, iPad, MacBook dan sebagainya, Apple juga telah mengehadkan perkhidmatan seperti Apple Pay serta membuang beberapa aplikasi dari App Store di negara itu.

Apple juga mengatakan mereka akan sentiasa memantau situasi semasa negara itu dan turut dalam perbincangan bersama beberapa pihak kerajaan untuk langkah yang mereka ambil.

Selain daripada itu, terdapat beberapa syarikat teknologi turut telah mengehadkan penawaran mereka yang melibatkan Rusia disebabkan sekatan yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat. Rusia dilihat menghadapi tekanan hebat dari seluruh pelusuk dunia dan dijangka bakal memberi kesan kepada pertumbuhan negara itu untuk jangka masa panjang.

Sementara itu, Elon Musk juga sedia melancarkan servis internet Starlink untuk memudahkan urusan rakyat Ukraine ketika ini.

Ekoran Gangguan Rangkaian Selepas Serangan Rusia, Elon Musk Lancarkan Internet Starlink Ke Ukraine

Kumpulan Sukarelawan Ukraine Berjaya Kumpul Bitcoin Bernilai RM16.8 Juta Sejak Pencerobohan Rusia

Sumber