Apabila berlaku sesuatu krisis peperangan sudah pasti pelbagai kos perlu ditanggung oleh negara terbabit sekaligus menyebabkan ekonomi dan kebajikan rakyat terjejas sekali. Oleh itu, sebarang sumbangan mahupun suntikan dana sangatlah diperlukan agar mereka boleh meneruskan kelangsungan hidup.

Terkini, sebuah kumpulan sukarelawan Ukraine yang menyediakan peralatan kepada ketenteraan negara tersebut dilaporkan telah menerima sumbangan berasaskan Bitcoin bernilai lebih daripada $4 juta (~RM16.8 juta) sejak Rusia melancarkan pencerobohannya pada Khamis lalu. Perkara ini dikongsikan oleh firma analisis blockchain, Elliptic.

Sumber Gambar: Crypto news

Malah pada awal bulan ini sahaja sumbangan kepada sukarelawan Ukraine dan kumpulan pengodam telah melonjak naik sebaik tentera Rusia berkumpul di berhampiran sempadan. Sejak daripada itu, Elliptic telah menjejaki terdapat pemindahan jumlah yang lebih besar keapda kumpulan tersebut.

Satu kumpulan sukarelawan Ukraine yang dikenali Come Back Alive turut menerima sumbangan berasaskan Bitcoin sejumlah $3 juta (~RM 12.6 juta) pada Jumaat lalu daripada entiti yang tidak diketahui. Hal ini kerana setiap sumbangan menggunakan Bitcoin dan token lain boleh dihantar dan diterima tanpa nama padanya.

Lonjakan yang ketara dalam pendermaan menggunakan Bitcoin oleh kerana si pemberi tidak mahu namanya didedahkan oleh sesebuah organisasi serta tidak mahu dikenakan semakan terperinci ke atas pemindahan dana tersebut. Jadi, tidak hairanlah jika semakin banyak organisasi di luar sana yang menggunakan Bitcoin sebagai alternatif medium sumbangan.

Sementara di Malaysia juga, kita tidak ketinggalan kerana sudah pun berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM45,000 menerusi penjualan NFT sebelum ini.

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat

YB Syed Saddiq Bakal Membuat Lelongan NFT Bagi Mengumpul Dana Buat Mangsa Banjir