Selama ini terdapat pengguna komputer yang hanya menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, Microsoft Word dan sebagainya secara tidak sah kerana mudah didapati secara percuma di internet. Dalam pada itu, terdapat beberapa kelebihan melanggan perisian Adobe daripada pembangunnya sendiri.

Menerusi perkongsian akaun Twitter @dyeanarose, beliau telah berkongsi beberapa kelebihan melanggan perisian Adobe yang ramai tidak tahu malah sebenarnya boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan. Pengguna boleh melanggan secara bulanan menerusi kad debit ataupun kad kredit.

1. Menerima kemas kini terbaru

Antara kelebihan melanggan perisian secara sah sudah adalah penawaran sejumlah fungsi yang boleh dipakai bagi meningkatkan produktiviti kerja atau tugasan anda.

Setiap bulan pihak Adobe akan mengemas kini dengan alatan terbaru mengikut trend semasa pada perisian tersebut untuk memberikan pengalaman penggunaan yang terbaik buat para pengguna.

2. Menyokong penyimpanan di cloud

Selain daripada itu, perisian Adobe juga menyokong penyimpanan fail di cloud di mana akan disambungkan pada akaun Adobe anda. Penawaran fungsi cloud secara tidak langsung membolehkan anda mengakses segala tugasan dengan mudah pada peranti yang berbeza dan boleh meneruskan perkerjaan yang dilakukan sebelum ini. Sebagai contoh, gambar yang disunting di komputer boleh sambung disunting pada iPad pula.

Sumber Gambar: Twitter dyeanarose

Kemas kini terbaru turut membawakan fungsi Invite to edit melalui penyimpanan cloud. Menerusi fungsi ini, ianya dapat memudahkan ahli pasukan anda mengubah suai konten secara langsung yang boleh didapati pada langganan pakej bisnes.

3. Menawarkan lebih 1,000 jenis font

kelebihan melanggan perisian adobe
Sumber Gambar: Twitter dyeanarose

Adobe sedia menawarkan lebih daripada 1,000 jenis font yang boleh dimuat turun secara percuma bagi penggunaan komersial. Setiap font mempunyai ciri yang tersendiri bagi tujuan objektif yang berbeza. Hal ini sekaligus dapat memberikan kebebasan kepada pencipta karya mahupun pemilik bisnes menghasilkan pelbagai konten yang menarik secara berterusan.

4. Berpeluang mendapat inspirasi daripada Behance

Pelbagai perkara lain yang boleh diterokai oleh pengguna menerusi perisian Adobe. Pengguna boleh membina laman web sebagai portfolio yang boleh memaparkan hasil kreatif kerja anda kepada klien menerusinya. Terdapat juga komuniti di kalangan pengguna berkongsi projek atau hasil kerja melalui aplikasi Behance yang boleh dijadikan rujukan dan inspirasi oleh pengguna lain.

Harga

kelebihan melanggan perisian Adobe
Sumber Gambar: Twitter dyeanarose

Bagi mereka yang hanya menggunakan spesifik perisian Adobe sahaja, anda boleh melanggan perisian tersebut secara berasingan. Buat mereka yang sememangnya berada dalam industri kreatif yang pastinya guna sejumlah besar majoriti perisian yang ditawarkan Adobe, anda boleh melanggan kesemua perisian tersebut secara pakej dengan harga serendah RM162.49 sahaja.

Bukan hanya keselamatan komputer anda akan lebih terjamin menerusi perisian yang sah, malahan anda turut menyokong pihak pembangun dan pasukannya untuk meneruskan penawaran lebih banyak fungsi serta penambahbaikan pada perisian tersebut. Pihak pembangun juga menawarkan tips dan sokongan bantuan sekiranya menghadapi masalah kelak.

Lihat bagaimana wanita ini mampu menghasilkan lukisan stesen KTM dengan hanya menggunakan Microsoft Excel sahaja.

https://www.thevocket.com/wanita-ini-lukis-stesen-ktm-guna-microsoft-excel-hasilnya-buat-netizen-tergamam/

Pentas, Platform Jual Beli NFT Tempatan Memfokuskan Budaya Malaysia

Sumber