Adobe sememangnya terkenal dengan penawaran sejumlah perisian profesional yang digunakan oleh pereka dan penggiat industri kreatif di seluruh dunia. Dan kita sedia maklum perisian kreatif ini sangat berat yang sekaligus memerlukan komputer berspesifikasi tinggi untuk ia beroperasi dengan lancar.

Menerusi acara tahunan Adobe MAX 2021, mereka telah mengumumkan kemas kini terbesar iaitu kebolehan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan Illustrator menerusi pelayar web sahaja. Versi ini hanya dianggap sebagai ‘lite’ sahaja kerana terdapat fungsi terhad yang bersesuaian untuk tugasan ringkas.

Sumber Gambar: Adobe

Menurut Adobe, perisian Photoshop dan Illustrator di pelayar web lebih menfokuskan kepada kemudahan dalam perkongsian fail agar rakan sekerja atau klien dapat melihat hasil kerja yang dibuat serta memberi komentar dengan mudah seperti di Google Docs. Selain itu, fungsi yang disediakan juga dikira sudah memadai untuk melakukan suntingan ringkas dengan cepat.

Buat masa ini, fungsi Photoshop pada pelayar web masih dalam peringkat ujian Beta terbuka manakala Illustrator pada pelayar web pula perlu mendapat jemputan khas bagi ujian Beta tertutup. Kedua-dua perisian tersebut juga perlu dilanggan menerusi Adobe Creative Clouds untuk menikmati fungsi suntingan di pelayar web.

Sementara itu, Apple juga tidak ketinggalan dalam menawarkan kemas kini macOS Monterey terbaharu mereka kepada pengguna Mac.

macOS Monterey Sedia Untuk Dikemas Kini Bermula Hari Ini

Apple Memperkenalkan Pelbagai Ciri Baharu Buat Perisian iWork

Sumber