Sejak kemelut Rusia-Ukraine berlaku, Rusia secara khususnya menerima tekanan ekonomi yang sangat kuat daripada pelbagai negara dan syarikat gergasi. Oleh kerana serangan yang dibuat , ia mendorong sejumlah syarikat daripada Barat telah menghentikan produk dan servis yang ditawarkan sebelum ini.

Menerusi laporan The New York Times, beberapa penggusaha panggung di Rusia kini dikesan menawarkan filem Barat yang telah dicetak rompak. Antara filem yang ditayangkan seperti Don’t Look Up, The Batman, Turning Red dan tajuk-tajuk terkemuka lain. Dikatakan sumber filem ini didapatkan menerusi laman Torrent.

Sumber Gambar: Screen Daily

Selain penawaran filem yang dicetak rompak, filem klasik Rusia, India dan Korea Selatan diharap dapat mengembalikan semula penonton ke panggung tersebut. Hal ini kerana sejumlah pemilik panggung wayang mengalami kerugian yang sangat dahsyat lagi-lagi sewaktu sekatan ekonomi yang berlaku ketika ini.

Bagaimanapun, kerajaan Rusia masih belum mengenakan tindakan ke atas panggung wayang melakukan pelanggaran harta intelek secara terbuka itu. Terdapat dakwaan kerajaan Rusia hanya memandang sebelah mata sahaja akan kes tersebut memandangkan sekatan ekonomi masih berterusan sehingga menjejaskan ekonomi negara dan bisnes tempatan.

DJI antara syarikat yang sudah menggantung jualan produknya di Rusia dan Ukraine ekoran mahu menggelakkan salah guna bagi tujuan perang.

DJI Gantung Jualan Dron Di Rusia Dan Ukraine, Elak Salah Guna Bagi Tujuan Perang

Ekoran Krisis Ukraine-Rusia, Apple Dijangka Kurangkan Pengeluaran iPhone Dan AirPods