Sejak berlakunya banjir, pelbagai platform gedung jualan seperti Shopee menghadapi kesukaran untuk memenuhi penghantaran barangan yang dibeli secara dalam talian oleh pelanggan. Bukan hanya tidak beroperasi seperti biasa, bahkan terdapat sejumlah kos besar yang perlu ditanggung oleh pelbagai pihak di dalam kemelut ini.

Oleh itu, Shopee kini telah memaklumkan kemas kini berkaitan penghantaran oleh syarikat mereka dengan menyatakan bahawa disebabkan oleh situasi banjir ketika ini telah mengakibatkan sebahagian kawasan dan para penjual di platform itu turut terjejas daripada beroperasi seperti sedia kala.

Sumber Gambar: Facebook Shopee

Lanjutan daripada isu tersebut, Shopee juga menerangkan terdapat sejumlah bungkusan yang mungkin mengalami kelewatan penghantaran , ada juga sebahagian barangan akan dibatalkan dan dipulangkan wang pembelian kembali kepada pelanggan. Jadi, sebahagian and boleh menjangkakan tarikh penerimaan barangan adalah lebih lama.

Sekiranya anda sudah melakukan pembelian menerusi Shopee dalam masa terdekat ini, anda berpeluang membuat semakan untuk mengetahui kemas kini status semasa bungkusan masing-masing. Anda juga boleh merujuk pihak Shopee untuk mengetahui tindakan lanjut sekiranya masih tidak menerima jangkaan tarikh penghantaran tersebut.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui cara menyumbang buat mangsa banjir dengan menggunakan aplikasi Touch ‘n Go eWallet sahaja.

Ketahui Cara Menyumbang Buat Mangsa Banjir Semudah Guna Aplikasi Touch ‘n Go eWallet

Portal Khas JKR Mudahkan Semakan Secara Langsung Status Terkini Laluan Jalan Raya

Sumber