Seperti kita sedia maklum, sejumlah besar keluarga telah terjejas ekoran bencana banjir yang melanda di dalam skala yang besar di sekitar kawasan Kuala Lumpur. Hal ini sekaligus menyebabkan ramai memerlukan bantuan demi meneruskan kelangsungan hidup serta melancarkan gerakan operasi menyelamat mangsa di kawasan-kawasan terjejas.

Oleh itu, pihak Touch n’ Go telah menghebahkan mengenai sumbangan yang boleh dibuat menerusi aplikasi TNG eWallet dengan mudah. Setiap sumbangan banjir yang diterima bakal disalurkan kepada badan-badan kebajikan berdaftar yang kemudiannya akan diagihkan kepada mangsa. Berikut merupakan cara menyumbang menggunakan TNG eWallet.

1. Pertama sekali, anda perlu buka aplikasi TNG eWallet.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

2. Kemudian, anda pergi klik pada ikon gambar tangan bersama hati yang tertera Donation padanya di bahagian bawah.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

3. Di dalam kategori Donation, terdapat berbagai badan kebajikan bencana banjir yang boleh didermakan seperti Global Peace Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Islam Relief Malaysia dan seumpamanya. Anda bolehlah pilih satu badan kebajikan dengan menekan butang Donate dan maklumat badan kebajikan akan dipaparkan.

Sumber Gambar: APlikasi TNG eWallet

4. Lalu, klik pada Donate Now dan masukkan jumlah sumbangan yang ingin diberikan bersama dengan perincian informasi bayaran dengan isi Banjir dan nombor telefon anda seperti gambar di bawah. Akhir sekali, anda hanya perlu klik Sahkan untuk meneruskan transaksi.

Sumber Gambar: Aplikasi TNG eWallet

Semoga dengan sumbangan anda dapat meringankan beban mangsa yang terjejas serta memperluaskan lagi operasi-operasi penyelamatan yang sedang dijalankan. Seperti bak kata pepatah yang sering kita didengari, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Selain itu, anda juga boleh mengunjungi portal khas JKR untuk membuat semakan secara langsung status terkini laluan jalan raya di seluruh negara.

Portal Khas JKR Mudahkan Semakan Secara Langsung Status Terkini Laluan Jalan Raya

Mahu Bantu Mangsa Banjir, Komuniti NFT Tempatan Berjaya Kumpul Lebih RM45,000 Dalam Tempoh Singkat

Sumber