Kebiasaannya kita sudah selesa menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint untuk mencipta slide bagi pembentangan tugasan. Namun, ia bukanlah perkara yang mudah apabila anda perlu membuat slide secara berkumpulan. Dengan mengetahui cara cipta slide secara online di Canva, semua ahli kumpulan boleh turut serta secara dalam talian sahaja.

Menerusi perkongsian akaun TikTok @nurdiana.co, beliau telah mengajar tentang slide yang boleh dibuat menerusi Canva yang mana ia bakal disimpan secara awan dan boleh diakses oleh ahli kumpulan dengan mudah bagi membuat suntingan. Oleh itu, mari kita pelajari cara cipta slide secara online di Canva dengan mudah dan pantas.

1. Lawati laman Canva dan klik pada menu Presentation untuk mencipta slide baharu.

cipta slide online
Sumber Gambar: Canva

2. Pilih mana-mana rekaan template yang diminati lalu klik padanya dan masukkan kandungan topik yang ingin dibentangkan secara terperinci.

cara buat slide online
Sumber Gambar: Canva

3. Pada bahagian Share, anda boleh kongsikan pautan slide tersebut kepada ahli yang terlibat untuk membuat suntingan secara langsung menerusinya. Setiap suntingan yang dibuat akan disimpan secara automatik dan anda juga boleh meninggalkan nota untuk dilihat sewaktu sesi pembentangan.

Sumber Gambar: Canva

Antara kelebihan membuat slide menerusi Canva sudah pastilah akses kepada sejumlah rekaan template profesional yang dikemas kini dari semasa ke semasa. Malah, terdapat pelbagai jenis slide yang ditawarkan seperti permainan bagi menambah pengalaman interaktif sewaktu dibentangkan.

Menariknya, anda juga tidak perlu risau lagi akan masalah terlupa simpan dan sebagainya kerana ia disimpan secara awan. Dengan ciri kolaborasi yang disertakan bersamanya, anda boleh membuat tugasan slide secara berkumpulan dengan mudah kerana boleh disunting oleh setiap ahli dan juga memberi komentar secara langsung.

@nurirdina.co

tag groupmate korang yang tak function tu #tahukahanda #tiktokguru #learnontiktok #jombelajar #canvaguru #canvalovers

♬ original sound – style

Slide yang sudah siap itu kemudiannya boleh diakses secara terus di laman Canva mahupun dimuat turun sekiranya diperlukan. Semoga dengan tutorial ini dapat memberi manfaat dan juga dikongsikan kepada ramai orang supaya boleh memudahkan tugasan berkaitan pembentangan selepas ini.

Kepada mereka yang masih menuntut di institusi pelajaran juga, anda berpeluang dapatkan diskaun Youtube Premium dengan memohon kepada Youtube.

Ini Caranya Dapatkan Diskaun YouTube Premium Melalui E-Mel Pelajar

Ini Caranya Hilangkan Iklan Pada Aplikasi Google Chrome Menerusi Peranti Android Anda

Sumber