YouTube sememangnya menjadi pilihan utama oleh para pengguna untuk menonton pelbagai video menarik menerusinya. Pada tahun 2018, Google telah memperkenalkan YouTube Premium yang mana menawarkan sejumlah kelebihan kepada pelangganya. Kini terdapat cara dapatkan diskaun YouTube Premium melalui e-mel pelajar.

Kebiasaannya harga langganan pakej YouTube Premium dikenakan kepada pengguna biasa adalah sebanyak RM17.90 setiap bulan. Bagi mereka yang berstatus pelajar pula, anda boleh menikmati diskaun sehingga RM10.90 dengan menggunakan e-mel pelajar. Berikut merupakan cara anda dapatkan diskaun YouTube Premium menerusi e-mel pelajar sahaja.

1. Lawati laman YouTube Premium Student dengan klik di sini.

cara dapatkan diskaun youtube
Sumber Gambar: YouTube Premium

2. Klik pada TRY IT FREE dan tekan Continue pada tab yang dipaparkan untuk proses selanjutnya.

cara dapatkan diskaun youtube
Sumber Gambar: YouTube Premium

3. Anda dikehendaki mengisi sejumlah maklumat pada ruangan yang disediakan bagi pengesahan status semasa sebagai pelajar. Pada bahagian Contact info, anda boleh menggunakan sebarang e-mel peribadi selain e-mel pelajar rasmi. Di bahagian University, hanya institusi yang disenaraikan sahaja yang layak memohon diskaun ini.

Sumber Gambar: YouTube Premium

4. Setelah selesai mengisi kesemua maklumat yang diperlukan, barulah tandakan pada kotak tersebut sebagai tanda setuju kepada polisi mereka dan klik Next bagi langkah seterusnya.

cara dapatkan diskaun Youtube
Sumber Gambar: YouTube Premium

5. Pada bahagian ini, anda diperlukan memuat naik mana-mana dokumen berkaitan pelajar sama ada salinan kad pelajar, transkrip atau surat pengesahan pelajar yang diisukan oleh institusi yang sedang dituntut. Terdapat beberapa jenis fail yang disokong termasuklah JPEG, PDF, PNH dan GIF.

Sumber Gambar: YouTube Premium

6. Akhir sekali, anda hanya perlu melakukan semakan terperinci bagi memastikan setiap maklumat adalah sah lalu klik pada Submit. Pihak YouTube bakal menyemak permohonan yang dihantar dan maklum balas akan diterima dalam masa 48 jam namun kebiasaannya sudah boleh diketahui dalam beberapa jam sahaja.

Sumber Gambar: Youtube Premium

Antara kelebihan yang boleh dinikmati oleh pengguna YouTube Premium adalah pengalaman tontonan konten tanpa sebarang gangguan iklan menerusinya. Selain itu, anda juga boleh mengakses sejumlah besar koleksi musik melalui YouTube Music dan yang paling menarik sekali kebolehan memainkan video secara latar.

Perlu diingatkan, anda diminta membuat permohonan pengesahan pada setiap tahun bagi mengemas kini status semasa sebagai pelajar oleh pihak YouTube. Sebagai pelajar, anda berpeluang menikmati pelbagai kelebihan YouTube Premium pada kadar harga yang lebih rendah di mana sangat berbaloi untuk dimanfaatkan selagi masih menuntut ketika ini.

Buat para ibu bapa pula, anda mesti mengetahui cara kawal video daripada tontonan kanak-kanak bagi memastikan konten yang disiarkan bersesuaian.

5 Cara Kawal Video YouTube Daripada Tontonan Kanak-Kanak

Ini Caranya Hilangkan Iklan Pada Aplikasi Google Chrome Menerusi Peranti Android Anda

Sumber