Canva merupakan sebuah aplikasi untuk menghasilkan konten grafik dengan mudah dan menjadi kegemaran ramai yang digunakan bagi pelbagai tujuan. Bersamanya, terdapat pelbagai rekaan dan juga animasi yang ditawarkan untuk kepada pengguna yang boleh disunting mengikut kehendak pengguna.

Kini ramai yang menggunakan aplikasi Canva untuk menghasilkan logo atau grafik bagi kegunaan bisnes serta ada yang turut menawarkan servis design kepada umum. Memetik daripada ciapan @dyeanarose, beliau telah berkongsi kenapa masih ramai yang memilih tidak menggunakan Canva sebagai tools utama dalam penghasilan grafik konten.

1. Template

Antara sebab kenapa ramai memilih untuk tidak menggunakan Canva adalah disebabkan template. Canva menawarkan pelbagai pilihan template yang telah direka oleh pereka grafik sedia ada lalu dikongsikan secara percuma pada platform tersebut. Oleh itu, anda boleh melihat rekaan grafik yang sama sahaja yang dipakai oleh orang ramai.

Untuk syarikat yang bersaiz kecil, ia masih relevan untuk digunakan kerana boleh menjimatkan kos dalam menghasilkan konten grafik digital. Dalam pada itu, bagi syarikat yang sudah dikenali ramai pula perlu menampilkan rekaan yang tersendiri kerana ia membezakan identiti anda dengan pesaing serta tampak lebih profesional.

2. Kualiti grafik

Bercakap mengenai kualiti pula, penggunaan aplikasi designing seperti Adobe Photoshop atau AI dapat menawarkan fail grafik pada kualiti yang baik dengan piksel yang lebih besar. Oleh itu, majoriti syarikat lebih selesa menggunakan fail rekaan digital berasaskan format AI atau PSD untuk penyimpanan atau percetakan.

Berbeza dengan Canva, fail grafik yang dihasilkan masih belum boleh menandingi fail yang dihasilkan menerusi aplikasi profesional yang lain. Kepentingan mempunyai fail imej beresolusi tinggi adalah untuk mengelakkan gambar yang dicetak menjadi pecah yang sekaligus menjadikan ia kelihatan tidak profesional.

3. Tidak boleh dijadikan trademark

Selain itu, Canva juga tidak boleh dijadikan sebagai trademark bagi kegunaan penjenamaan sesebuah syarikat kerana ia merupakan bahan kreatif yang tidak dilindungi oleh undang-undang harta intelek. Ini menjadikan setiap design yang ditawarkan menerusi Canva boleh digunakan oleh orang ramai tanpa perlu meminta kebenaran daripada mana-mana pihak.

Akan tetapi, anda masih boleh menggunakan Canva dalam penghasilan konten untuk tujuan media sosial memandangkan ia lebih mudah dan cepat. Walau bagaimanapun, anda disarankan untuk mendapatkan khidmat pereka grafik dalam menghasilkan rekaan berdasarkan identiti jenama anda dan kemudiannya boleh dipakai ke dalam Canva untuk hasil konten yang selari.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengetahui cara menghasilkan satu pautan di bio media sosial anda untuk personal branding.

6 Laman Web Untuk Satukan Pautan Di Bio Media Sosial Anda Dengan Mudah

6 Platform Buat Website Sendiri Secara Percuma Menggunakan Telefon Pintar Sahaja

Sumber