Invois merupakan antara dokumen yang amat penting untuk perniagaan anda. Majoriti bisnes kecil atau online masih belum mempunyai invois rasmi mereka sendiri. Ada juga yang sudah memiliki invois tetapi masih dengan rekaan yang biasa sahaja. Kini anda boleh mempelajari cara buat invois online di Canva sahaja.

Malah, pasti para pemilik bisnes mahu memiliki sebuah invois yang kelihatan profesional dan menarik apabila diberikan kepada klien atau pelanggan kelak. Berikut merupakan cara buat invois online menerusi Canva dengan mudah.

1. Lawati laman Canva.

cara buat invois canva
Sumber Gambar: Canva

2. Pergi pada ruangan carian yang terletak di bahagian atas dan isikan frasa Invoice.

cara buat invoice canva
Sumber Gambar: Canva

3. Kemudian anda akan dipaparkan dengan pelbagai template rekaan invois yang boleh digunakan secara percuma.

cara buat invoice canva
Sumber Gambar: Canva

4.Setelah selesai memilih rekaan yang sesuai, anda bolehlah mula menyunting dengan memasukkan informasi yang berkaitan serta logo syarikat bagi mempamerkan identiti anda.

Sumber Gambar: Canva

5. Selepas sudah selesai menyunting serta berpuas hati dengan rekaan invois yang dibuat, klik sahaja pada menu simbol anak panah ke bawah untuk memuat turun dan ia boleh digunakan terus.

cara buat invois online

Terdapat pelbagai fungsi yang ditawarkan menerusinya seperti gambar yang boleh ditambah, warna latar belakang, pilihan font tulisan dan sebagainya. Menariknya, invois anda turut boleh disimpan sebagai PDF serta dikongsi terus kepada mereka yang berkenaan ataupun dicetak bagi simpanan fizikal.

Kelebihan anda mempunyai invois rasmi sendiri adalah dapat memudahkan semakan akaun perniagaan atau sewaktu diaudit oleh pihak berkaitan. Setiap transaksi boleh direkodkan dengan mudah dan boleh dikemukan sebagai bukti ia datang daripada bisnes anda dengan penggunaan logo padanya.

Tambahan pula, para pelanggan akan lebih yakin untuk berurusan dengan adanya bukti transaksi bagi setiap pembelian yang dibuat. Hal ini kerana rekaan invois yang kelihatan seakan profesional tampil menunjukkan bisnes tersebut adalah wujud.

Selain itu, anda juga boleh menukar rekaan invois dari semasa ke semasa kerana terdapat pelbagai template yang disediakan oleh Canva. Kini anda turut berpeluang mempunyai invois bisnes tersendiri bagi kegunaan urusan transaksi seharian dengan menggunakan Canva secara percuma.

Ketahui juga 6 laman web untuk satukan pautan di bio media sosial anda dengan mudah.

6 Laman Web Untuk Satukan Pautan Di Bio Media Sosial Anda Dengan Mudah

6 Platform Buat Website Sendiri Secara Percuma Menggunakan Telefon Pintar Sahaja

Sumber