Sekiranya anda sering melayari akaun di TikTok atau Instagram, anda pasti pernah lihat sebuah pautan yang diletakkan pada bio profil seseorang seperti laman Linktree. Menerusi pautan ini, ia bakal memudahkan pengguna mengakses informasi anda dengan satu klik sahaja. Kini anda juga boleh mengetahui cara-cara mendapatkan pautan di bio menerusi laman web yang tersedia.

Pautan biografi ini merupakan salah satu alat yang diperlukan dalam memperkenalkan konten atau produk yang dijual kepada umum dengan lebih meluas di media sosial. Anda boleh menggabungkan semua laman berkaitan pada satu pautan sahaja. Berikut senarai laman web yang tersedia untuk cipta pautan di bio dengan mudah dan teratur.

1. B.my

link di bio
Sumber Gambar: B.my

B.my merupakan sebuah laman web yang menawarkan sebilangan fungsi yang menarik serta mudah digunakan. Biografi sosial anda akan kelihatan lebih kemas dan teratur dalam mengubah suai pada laman berkenaan.

Selain daripada itu, fungsi nota yang tersedia boleh membantu anda berkongsi nota dengan orang lain atau boleh disimpan sebagai rujukan peribadi. Anda turut boleh menambah pautan tanpa sebarang had bagi setiap platform yang digunakan serta ikon tersendiri yang disediakan.

Pada latar belakang pula, anda juga boleh memuat naik sebarang gambar bagi menampilkan identiti atau jenama tersendiri. Di samping itu, anda boleh menyusun semua pautan dengan hanya drag pada senarai yang dipaparkan dengan mudah.

Maklumat statistik setiap pautan yang cukup lengkap merangkumi semua aspek dapat memberikan gambaran yang lebih mendalam berkaitan pengunjung yang melayari laman tersebut. Menariknya, pada bahagian preview, anda boleh memaparkan terus setiap ubah suai yang dilakukan pada laman berkenaan.

Lebih menarik lagi, platform ini telah dibangunkan oleh rakyat Malaysia sendiri serta ia masih di fasa pembangunan awal buat masa ini. Malahan, terdapat pelbagai fungsi baru bakal menyusul bagi memberikan pengalaman penggunaan lebih efektif kepada pengguna.

Pro

  • Pelbagai ubah suai yang boleh dibuat.
  • Antara muka yang intuitif.
  • Alat statistik yang serba lengkap.

Cons

  • Tiada penjadualan pautan yang boleh dibuat.
  • Kekurangan integrasi aplikasi pihak ketiga.

Harga: Percuma

2. Linktree

link di bio
Sumber Gambar: Linktree

Linktree merupakan sebuah alat biografi percuma yang boleh mengoptimasi semua laman sosial individu ke sebuah landing page dengan mudah dan telah dipakai oleh pengguna di seluruh dunia. Anda boleh menambah pautan tanpa sebarang had dan memasukkan semua pautan termasuk blog, kedai atas talian, laman sosial dan sebagainya.

Terdapat sembilan jenis tema yang boleh dipilih untuk kelainan serta boleh meneliti jumlah pautan yang sudah dilihat oleh pengunjung. Menariknya, terdapat penjadualan pautan di mana ia akan hadir mengikut tarikh dan masa ditetapkan yang bersesuaian untuk kempen produk atau promosi. Pautan juga boleh diganti dengan logo mengikut platform pilihan.

Fungsi integrasi pada majoriti aplikasi pihak ketiga membolehkan anda membuat strategi baru pada setiap platform dengan lebih tepat. Linktree juga hadir dengan fungsi tips atau derma bagi mereka yang berminat dengan konten atau projek yang dibuat dan secara tidak langsung boleh menambah pendapatan sampingan.

Pro

  • Senang untuk dipakai.
  • Pelbagai integrasi dengan aplikasi pihak ketiga.
  • Boleh tambah pautan tanpa had.

Cons

  • Logo Linktree pada landing page yang tersedia.
  • Maklumat lanjut stastik hanya pada versi berbayar.

Harga: Percuma dan terdapat langganan pelan harga serendah RM25 sahaja.

3. Skedlink

pautan biografi
Sumber Gambar: Skedlink

Skedlink pula lebih menfokuskan kepada mereka yang menjadikan Instagram sebagai platform utama untuk penjenamaan. Kemampuan integrasi dengan Facebook Pixel dan Google Analytics yang memudahkan penelitian interaksi pengunjung pada pautan dan mengatur strategi pasaran baru.

Fungsi paparan galeri di Instagram membolehkan gambar yang ditekan terus membawa pengunjung ke laman web berkenaan bagi maklumat lanjut. Skedlink juga sangat fleksible dari segi rekaan termasuklah warna, saiz butang, warna font dan lebih lagi.

Seterusnya, Skedlink membolehkan pengguna menyusun setiap konten dengan elemen seperti hashtag, tag produk, lokasi pada masa yang ditetapkan pada pilihan platform lain juga. Pengoptimisian kempen di Instagram boleh bantu anda untuk meningkatkan kesedaran pada sesebuah jenama.

Pro

  • Fungsi analitik yang bagus terutamanya pada platform Instagram.
  • Senang penjadualan konten.
  • Mudah difahami.

Cons

  • Tidak boleh ubah konten yang sudah dibuat.
  • Harga mahal untuk akses fungsi yang lebih banyak.

Harga: Percuma dan terdapat langganan pelan harga serendah RM106 sahaja.

4. Elink.io

pautan biografi
Sumber Gambar: Elink.io

Elink.io menawarkan sejumlah besar seleksi visual yang cukup menawan serta responsif di pautan biografi sosial anda. Terdapat lebih daripada 50 pilihan rekaan yang cantik untuk kelihatan lebih menonjol daripada jenama lain. Malahan, anda boleh meletakkan gambar pada setiap butang CTA untuk membezakan kategori kandungan.

Fungsi extension pada laman browser membolehkan anda tambah atau ubah konten di sosial biografi secara langsung dengan pantas. E.link menawarkan pelbagai seleksi visual  rekaan susun atur yang responsif serta boleh dipadankan pada setiap layar peranti.

Tambahan pula, anda juga boleh mencipta sebanyak mungkin pautan sosial biografi dan mengubah suai berdasarkan setiap platform yang digunakan. Menerusi e.link, anda berpeluang menghantar newsletters kepada pengunjung yang berminat dengan integrasi beberapa program pihak ketiga.

Pro

  • Mudah dinavigasi.
  • Boleh hantar newsletter berkaitan konten terbaru dengan cepat.
  • Senang mengubah suai pautan.

Cons

  • Sebahagian pautan yang tidak dipaparkan secara tiba-tiba.
  • Gambar yang dimuat naik tidak boleh dilihat pada sesetengah masa.

Harga: Percuma dan terdapat langganan pelan harga serendah RM50 sahaja.

5. Shorby

pautan biografi
Sumber Gambar: Shorby

Shorby membolehkan anda membina sebuah landing page yang cantik disertai dengan semua pautan berkaitan dengan senang. Selepas siap tambah pautan, pelbagai elemen visual yang boleh ditambah seperti logo jenama, GIF, video dan lain-lain. Anda boleh menambah pautan tanpa sebarang had pada sosial biografi tersebut.

Di samping itu, anda boleh menghubungkan konten daripada platform lain dan paparkan pada landing page berkenaan secara automatiknya. Terdapat fungsi analisis yang boleh memaparkan trafik pengunjung di pautan ini. Anda juga berpeluang mencipta pautan unik beserta iklan daripada pihak ketiga untuk menambah jualan.

Pada landing page pula, ia akan hadir dengan warna latar belakang serta nama Instagram anda pada bahagian atas. Fungsi pemendekkan pautan juga sangat membantu untuk tampak kemas apabila diletakkan pada profil Instagram anda.

Pro

  • Rekaan yang minimalis.
  • Mesra pengguna.
  • Terdapat pautan untuk mesej secara terus.

Cons

  • Tiada fungsi analitik bagi pelan asas.
  • Kekurangan pilihan yang boleh diubah suai.

Harga: Percuma dan terdapat langganan pelan harga serendah RM50 sahaja

6.Campsite

vocket-tech-link-6
Sumber Gambar: Campsite

Campsite  juga merupakan salah satu alternatif alat link di bio yang membenarkan penambahan pautan laman sosial tanpa had serta mengubah rekaan landing page mengikut citarasa tersendiri. Terdapat juga fungsi kod QR khas untuk profil akaun sendiri. Anda boleh memasukkan video pada landing page terutamanya dalam memaparkan produk yang dijual bagi menarik perhatian pengunjung.

Antara fungsi menarik adalah penjadualan pautan yang boleh memaparkan pautan pada spesifik masa serta hilang secara automatik apabila sudah tamat tempoh. Tambahan pula, ia hadir dengan kebolehan analisis yang berkuasa tinggi termasuk menjejak lokasi pengunjung, jumlah pautan yang ditekan pada setiap hari dan banyak lagi.

Laman web ini juga mengintegrasi dengan Google Sheet atau Mailchimp pada landing page yang boleh bantu pengunjung untuk mendaftar ke senarai emel bagi langganan newsletter. Nama domain boleh diubah mengikut jenama anda yang akan tampak lebih profesional.

Pro

  • Boleh letak imej pada pautan.
  • Senang dipakai.
  • Fleksbiliti untuk mengubah suai.

Cons

  • Tidak boleh menambah gambar pada latar belakang bagi versi percuma.
  • Hanya boleh letak gambar berdasarkan Instagram sahaja.

Harga: Percuma dan terdapat langganan pelan harga serendah RM29 sahaja.

Berdasarkan senarai yang dikongsikan, dapat dilihat setiap laman ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Dalam pada itu, B.my menarik perhatian kami menerusi penggunaannya yang mudah serta aksesnya yang percuma tanpa langganan.

Kini anda sudah boleh menguruskan semua pautan dengan satu pautan sahaja dan bakal kelihatan lebih profesional apabila dikunjungi oleh pengikut. Fungsi pautan di bio juga dapat menyatukan kempen promosi produk atau konten yang boleh dilihat sekaligus oleh pengunjung pada sosial biografi anda.

Ketahui juga terdapat enam platform buat website sendiri secara percuma menggunakan telefon pintar sahaja.

6 Platform Buat Website Sendiri Secara Percuma Menggunakan Telefon Pintar Sahaja

Mudah Dan RM5 Sahaja, Aplikasi Ini Tawarkan Servis Khidmat Nasihat Doktor Secara Dalam Talian