Casio telah memperkenalkan satu penambahan model baru bagi barisan G-SQUAD Pro dengan kehadiran G-Shock GSW-H1000 pada April yang lalu. Ini merupakan model pertama dalam barisan ini yang dilengkapi dengan Wear OS berserta paparan warna.

Pada model kali ini ia didatangkan dengan skrin sesentuh 1.2 inci berserta dua lapisan iaitu lapisan monokrom yang akan aktif sepanjang masa dan lagi satu pula skrin berwarna bagi fungsi perisian yang tersedia. Terdapat lima sensor yang disediakan termasuk pengimbas nadi, pengesan tekanan, pengesan degupan jantung, meter pecutan dan gyrometer.

vocket-tech-news-gshock-1
Sumber Gambar: G-Shock

Menariknya, kerangkanya boleh menahan tekanan sehingga kedalaman 200 meter di bawah air serta binaan yang diperbuat daripada bahan getah yang tahan lasak bagi kegunaan outdoor. Terdapat tombol butang kawalan sisi yang diperbuat daripada logam. Namun begitu, bateri yang disediakan hanya mampu bertahan sekitar satu setengah hari sahaja.

Buat anda yang beminat dengan model ini, G-SQUAD Pro telah ditawarkan di Malaysia pada harga RM2,999 sahaja dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, biru atau kombinasi biru dan hitam.

Tahukah anda Casio pernah menawarkan sebuah model G-Shock MT-G ‘Lunar Rainbow’ edisi terhad dengan ciri zon masa yang boleh berubah secara automatik.

Casio Perkenalkan G-Shock MT-G ‘Lunar Rainbow’ Edisi Terhad

realme Watch S Pro, Jam Tangan Pintar Mampu Milik Dengan Ciri ‘Flagship’ Dan Premium