Bercakap mengenai Apple Watch, para pelanggan masih ditawarkan dengan rekaan yang sama sejak beberapa tahun lepas. Namun perkara ini akan berubah tidak lama lagi kerana terdapat desas-desus pada kali ini bakal dibawakan rekaan yang lebih fresh.

Menerusi laporan Bloomberg, Apple dijangka akan membawakan rekaan serba baharu bersama Apple Watch Pro kelak. Kali terakhir rekaan baru yang diperkenalkan adalah pada tahun 2018 lalu menerusi Apple Watch Series 4.

Sumber Gambar: Tom’s Guide

Dijangka Apple masih mengekalkan rekaan segi empat dan juga merupakan evolusi daripada rekaan sedia ada. Hal ini sekaligus memberikan keunikan pada penawaran barisan jam pintar Apple berbanding pengeluar lain. Antara perbezaan lain yang dibawakan termasuklah saiz skrin yang lebih besar pada siri ke-8 ini.

Apple juga dilihat sangat menfokuskan pada varian Pro termasuklah jam pintar dan iPhone pada kali ini. Bagaimanapun, sama-sama kita nantikan bulan September ini untuk melihat rekaan baharu jam pintar Apple yang menjadi bualan ramai ketika ini.

Antara ciri menarik yang dijangkakan sebelum ini termasuklah penawaran sokongan satelit bagi menghantar sewaktu kecemasan menerusi Apple Watch.

Apple Watch Dijangka Akan Tawarkan Sokongan Satelit Bagi Menghantar Mesej Sewaktu Kecemasan

Apple Watch Dan iPhone Bakal Ditawarkan Fungsi Pengesan Kemalangan Seawal Tahun Hadapan