Syarikat Facebook sangat sinonim sebagai sebuah platform laman sosial yang digunakan oleh semua peringkat umur. Syarikat ini juga terkenal dengan menumpukan tenaga kerja dalam bidang inovasi teknologi seperti artifical intellegence, data cloud dan berkaitan dengan perisian terkini.

Terbaharu, Facebook mengumumkan mahu menyertai pembuatan smart watch seawal tahun hadapan. Memetik laporan daripada TheVerge, jam tangan pintar Facebook bakal menyertakan skrin dengan dua kamera di bahagian hadapan dan belakang. Ia boleh ditanggalkan bagi kegunaan mengambil gambar dan video sekali.

vocket-facebook-smartwach-konten-1
Sumber Gambar: Startup Packs

Selain itu, jam pintar ini akan diintegrasikan dengan rangkaian aplikasi Facebook bagi memudahkan pengguna untuk berkongsi gambar dan video secara terus ke akaun Facebook dan Instagram peribadi. Bukan itu sahaja, kamera yang terdapat pada bahagian hadapan mampu digunakan untuk mebuat video call.

Menerusi laporan daripada TheInformation, syarikat Facebook telah berganding bahu dengan beberapa syarikat telekomunikasi US terkemuka dalam mendapatkan sokongan sambungan LTE pada jam pintar ini. Dikhabarkan juga terdapat fungsi membaca dengupan jantung seperti jam pintar lain sedia ada di dalam pasaran.

vocket-facebook-smartwatch-konten-2
Sumber Gambar:The Information

Syarikat Facebook dilihat sudah mula mengorak langkah dengan penyertaan dalam industri pembuatan jam pintar. Langkah ini mengambarkan syarikat gergasi ini ingin menghasilkan sebuah ekosistem yang boleh memberi saingan sengit kepada syarikat teknologi gergasi yang ada pada hari ini.

Dilaporkan aplikasi WhatsApp yang berada di bawah syarikat Facebook dilaporkan bakal ditawarkan dengan akses kepada empat peranti secara serentak.

WhatsApp Bakal Ditawarkan Akses Kepada Empat Peranti Secara Serentak Termasuk iOS

WhatsApp Akan Memperkenalkan Ciri Gambar Dan Video Hilang Selepas Dibuka

 

Sumber