Mulai memasuki pasaran Malaysia dengan menawarkan telefon pintar mampu milik, jenama ini nampaknya semakin aktif dalam menawarkan jam tangan pintar buat para pengguna.

Bermula dengan realme Watch diikuti dengan realme Watch S, jenama ini nampaknya tampil dengan model yang lebih premium dengan pertambahan ciri dan spesifikasi melalui model realme S Pro. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model realme S Pro, ayuh ikuti review penuh daripada kami.

Rekaan

realme watch 4

Sekali pandang, realme pada kali ini masih lagi mengekalkan rekaan kotak yang hampir sama seperti realme Watch. Kotak berwarna kuning terang dengan rekaan yang minimal antara yang menjadi trademark buat jenama ini pada setiap model yang dilancarkan.

Dari segi rekan muka jam, sekiranya realme Watch tampil dengan rekaan jam berbentuk petak, realme Watch S Pro pula hadir dengan rekaan jam berbentuk bulat yang sama seperti realme Watch S.

Skrin AMOLED yang terang

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kredit gambar: TechRadar

Salah satu perkara yang dipertingkatkan pada model realme Watch S Pro adalah penawaran skrin AMOLED bersaiz 1.39-inci yang jelas dan besar berbanding model realme sebelum ini.

Berdasarkan penggunaan kami, penawaran skrin sehingga 326ppi yang terang ini sangat membantu meskipun digunakan di luar rumah sewaktu keadaan cahaya matahari yang terang.

Para pengguna juga nampaknya tidak perlu risau untuk menghadap facewatch yang sama kerana realme sediakan menawarkan lebih 100 jenis facewatch mengikut citarasa anda.

realme Watch Strap

realme-watch-2

Sekiranya sebelum ini kebanyakan pengguna jam tangan pintar sekadar perlu berpuas hati dengan tali jam atau strap sedia ada, kini realme tampil dengan lebih banyak strap melalui material yang pelbagai buat para pengguna.

Menerusi pengenalan realme Watch S Pro, model ini tampil lebih banyak pilihan strap buat pengguna melalui penawaran material silikon dan vegan.

Dilengkapi ciri pro seakan jam tangan pintar mahal

realme-watch-1

Sama seperti namanya, apa yang membezakan terbaru realme ini dengan realme Watch adalah ciri pro yang ditawarkan. Menerusi model realme Watch S Pro, model ini hadir dengan bateri 420mAh yang mampu bertahan sehingga 14 hari penggunaan. Dalam erti kata lain, anda hanya perlu mengecas 2 kali sebulan untuk penggunaan setiap hari. Menarik bukan?

Selain itu, model ini juga pastinya menjadi sasaran buat mereka yang aktif bersukan melalui 15 mod sukan yang ditawarkan. Bukan itu sahaja, model juga kalis air di mana realme Watch S Pro boleh juga digunakan sewaktu renang.

Walau bagaimanapun, ciri yang membuatkan kami teruja dengan model ini sudah pastinya ciri blood oxygen yang juga terdapat pada model jam tangan pintar mahal seperti Apple Watch Series 6. Sebuah pencapaian yang besar buat jenama realme kerana berjaya menawarkan jam tangan dengan ciri yang premium.

Harga

Dari segi harga, jenama yang sangat sinonim dengan penawaran model mampu milik ini sekali lagi berjaya mengulangi skrip yang sama apabila sedia menawarkan realme Watch S Pro dengan harga serendah RM599 sahaja.

Pada kami, ianya sebuah harga yang amat berbaloi melihatkan spesifikasi dan ciri yang ditawarkan pada model ini. Bukan itu sahaja, rekaan jam tangan ini pastinya akan menambah gaya pada si pemakai. Ia boleh digayakan untuk apa sahaja aktiviti anda.

Buat anda yang berminat dengan realme Watch S Pro, model ini sedia ditawarkan pada di rangkaian kedai rasmi realme dan juga pengedar rasmi realme dan secara dalam talian di sini.

Ikuti juga review penuh kami bagi model realme 7 5G yang hadir dengan spesifikasi serba lengkap pada harga RM1,299 sahaja.

https://www.thevocket.com/realme-7-5g-peranti-kelas-pertengahan-serba-lengkap-dengan-harga-rm1299/

https://www.thevocket.com/realme-lancar-watch-s-pro-jam-tangan-pintar-yang-ranggi-dan-praktikal/