Sebelum ini, sudah kedengaran spekulasi akan pembangunan ciri panggilan kecemasan menggunakan rangkaian satelit oleh pihak Apple. Ramai menjangkakan ciri ini bakal ditawarkan pada siri iPhone 13 kali ini namun ia tidak berlaku.

Menerusi laporan Bloomberg, ciri serba canggih berkenaan sedia ditawarkan dalam masa terdekat ini untuk barisan Apple Watch pula. Sokongan rangkaian satelit Apple Watch ini akan membolehkan pengguna membuat panggilan SOS dan teks sewaktu situasi kecemasan berlaku.

Sumber Gambar: Apple

Sementara ciri SOS yang sedia ada memerlukan sokongan selular bagi menghantar SMS kecemasan serta mengesan lokasi dengan tepat menggunakan GPS kepada keluarga terdekat dan pihak bantuan kecemasan. Ciri ini sangat berguna terutamanya di kawasan yang tiada liputan mahu pun masalah sambungan selular yang mungkin bermasalah ketika kecemasan.

Kita sudah pun mendengar beberapa laporan individu berjaya diselamatkan keran menggunakan ciri tersebut. Sekiranya spekulasi menjadi realiti, Apple Watch akan mengukuhkan lagi kedudukan sebagai jam pintar dengan pegangan pasaran terbesar kerana menawarkan satu kelebihan ciri yang tidak boleh didapati pada pihak pesaing.

Ikuti juga kisah-kisah bagaimana Apple Watch berjaya menjadi penyelamat kepada para pemilik yang mengalami masalah kesihatan yang kritikal.

Alami Masalah Jantung, Apple Watch Sekali Lagi Jadi ‘Penyelamat’ Buat Lelaki Berusia 34 Tahun Ini

Alami Penyakit Tiriod Yang ‘Rare’, Apple Watch Berjaya Jadi Penyelamat Kepada Nyawa Wanita Ini

Kerap Alami Masalah Pitam, Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Apple Watch Bantu Beliau Menjaga Kesihatan

Sumber