Berita baik buat peminat setia G-Shock, Casio baru sahaja memperkenalkan jam baharu edisi terhad model MTGB1000RB-2A MT-Rainbow. Identik dengan nama, warna-warna pelangi yang dipadankan dengan idea tema galaksi digunakan pada keseluruhan rekaan model ini.
Model edisi khas ini mendapat warnanya daripada ion plating yang ‘memecahkan’ cahaya untuk menghasilkan warna pelangi pada jam tangan ini. Packaging untuk jam tangan ini juga akan hadir dengan warna pelangi selari dengan rekaan MT-G ini.
Warna-warna pelangi yang cerah bukan sahaja terlihat pada bingkai jam tangan ini tetapi juga pada jarum jam dan nombor. Model ini juga didatangkan dengan ciri Triple G Resist, dalam masa yang sama masih mengekalkan ciri lightweight dan gaya yang menarik kepada pengguna.
Model ini juga menyokong ciri Two-Way Time Sync untuk menyelaraskan ketepatan jam. Ciri ini boleh diaktifkan dengan sambungan Bluetooth kepada peranti Multi-Band 6. Pengguna tidak perlu risau lagi untuk menetapkan jam secara manual jika melancong ke negara luar kerana model ini mempunyai tetapan waktu hingga 39 timezone berbeza.
Model ini akan mula dipasarkan pada Jun 2019 dan dijual pada harga USD1,000 (~RM4,072).