Kad pengenalan atau MyKad merupakan kad paling penting buat setiap rakyat Malaysia. Bukan hanya menjadi pengesahan identiti semata-mata, malah ia diperlukan dalam pelbagai urusanĀ  penting yang sekaligus bakal menjadi masalah sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangannya. Barangkali pasti ramai tidak tahu cara ganti MyKad secara online lagi.

Terkini, pihak JPN telah menyediakan sebuah perkhidmatan untuk urusan penggantian MyKad di laman rasmi mereka dalam memudahkan permohonan secara dalam talian sahaja. Berikut merupakan cara ganti MyKad secara online dengan memohon di Sistem Gantian MyKad Online.

Untuk makluman, sekiranya anda hendak melakukan gantian MyKad kerana kehilangan, sebaiknya buat laporan polis terlebih dahulu sebelum merujuk JPN atau melakukan permohonan gantian dalam talian. Hal ini adalah perlu untuk mengelakkan kad pengenalan yang hilang tersebut daripada disalah gunakan untuk sebarang aktiviti jenayah.

Cara ganti MyKad secara online

1. Para pemohon boleh melayari portal MyGovernment (Gantian MyKad 2.0) dengan klik di sini.

2. Di sini anda perlu mengisi ruangan yang disediakan untuk pendaftaran sebelum boleh mengakses ke dalam sistem penggantian MyKad dalam talian. Klik Hantar setelah siap diisi.

cara ganti mykad online
Sumber Gambar: MyGOV

3. Pautan pengaktifan kata laluan akan dihantar ke emel pendaftaran, lalu klik pada pautan di emel untuk mengesahkan proses pengaktifan kata laluan.

cara ganti mykad online
Sumber Gambar: Gmail

4. Setelah itu, klik Log Masuk dan pilih cara log masuk menggunakan Password atau Kata Laluan.

cara ganti mykad online
Sumber Gambar: MyGOV

7. Isikan nombor kad pengenalan dan klik Log Masuk.

cara ganti mykad online
Sumber Gambar: MyGOV

8. Selepas itu, anda perlu kunjungi laman sesawang Sistem Gantian Di Atas Talian menerusi pautan di sini.

9. Klik Mohon di sini.

Sumber Gambar: Sistem Gantian MyKad 2.0

10. Akuan Penafian akan dipaparkan. Baca dan klik Setuju sekiranya sudah berpuas hati.

Sumber Gambar: Sistem Gantian MyKad 2.0

11. Lengkapkan bahagian maklumat pemohon yang merangkumi nama pemohon, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit. Pilih salah satu daripada empat jenis penggantian yang dinyatakan.

Sumber Gambar: Sistem Gantian MyKad 2.0

12. Pilih Negeri dan Cawangan untuk mengutip MyKad baru yang telah siap nanti dan klik Teruskan.

Sumber Gambar: Sistem Gantian MyKad 2.0

13. Notifikasi akan muncul yang menyatakan adakah anda bersetuju untuk meneruskan proses permohonan atau kembali ke laman sebelumnya. Klik OK untuk meneruskan permohonan.

Selepas itu, anda perlu membuat bayaran berjumlah RM 100 untuk kehilangan pertama bersama caj permohonan sebanyak RM 10 menggunakan pilihan kad kredit atau kad debit yang disediakan. Setelah siap proses pembayaran, anda perlu mencetak resit pembayaran rasmi yang diberi.

Akhir sekali, anda diminta untuk tunggu dalam tempoh sehari atau kemudian boleh status permohonan dengan menggunakan perkhidmatan SMS dengan menaip JPN MyKad <no ic> dan hantar ke 15888 atau secara online dengan melawati laman sesawang Sistem Semakan Permohonan MyKad.

Sekiranya status kad anda sudah sedia diambil, bolehlah datang ke kaunter JPN bersama salinan cetakan resit bayaran ketika mengambil MyKad baru kelak. Perlu diingatkan anda juga boleh dikenakan penalti sebanyak RM 20 bagi mereka yang tidak menuntut MyKad yang dipohon.

Semoga perkongsian maklumat berkaitan cara ganti MyKad secara online ini dapat dimanfaatkan oleh semua. Sememangnya inisiatif yang dibuat oleh JPN dapat memudahkan ramai orang berkaitan urusan MyKad terutamanya semasa musim pandemik ini.

Sementara itu, pengguna Maybank juga boleh menukar kad debit secara dalam talian dan kad baharu akan dihantar ke rumah.

Tidak Perlu Ke Bank, Ini Cara Mudah Tukar Kad Debit Maybank Secara Dalam Talian

Lebih Mudah Terima Bayaran Daripada Pelanggan, Ikuti Cara-Cara Hasilkan Kod QR DuitNow

Sumber