Tular baru-baru ini tentang maklumat peribadi seramai 22.5 juta rakyat Malaysia ingin dijual oleh penggodam dengan harga RM44,000. Maklumat peribadi yang tertiris ini merangkumi nama, alamat rumah, nombor telefon dan sebagainya yang boleh disalah gunakan jika sampai ke tangan yang salah.

Oleh hal yang demikian, Datuk Hamzah Zainuddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa dakwaan penjualan 22.5 juta data peribadi rakyat Malaysia seperti yang tular menerusi media sosial telah disahkan bukanlah milik Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sumber Gambar: mstar

Beliau berkata bahawa Kementerian Dalam Negeri mempunyai mekanisme untuk mengkaji perkara ini dan mendapati bahawa data tersebut dilihat telah diambil daripada agensi-agensi yang mempunyai kebenaran untuk mendapatkan maklumat daripada JPN.

“Semua individu yang terlibat dengan kegiatan penjualan data peribadi ini akan dipanggil bagi membantu siasatan dan hasil siasatan penuh akan dimaklumkan tidak lama lagi”, katanya lagi. Malah menerusi siasatan yang dibuat, mereka mendapati data yang dijual itu adalah koleksi daripada sumber-sumber lain.

Sementara itu, beliau turut mengatakan bahawa prosedur untuk mendapatkan butiran peribadi daripada pengkalan data JPN menerusi agensi-agensi di bawah jabatan tersebut akan dikaji semula. JPN turut merasakan wujud keperluan untuk data peribadi didapatkan terus daripada jabatan terbabit supaya tidak berlaku isu kecurian lagi.

Sebelum ini juga, penggodam sudah dikesan boleh mengeksploitasi pepijat untuk mengambil alih kereta honda yang digunakan.

Penggodam Dilaporkan Boleh Eksploitasi Pepijat Untuk Ambil Alih Kereta Honda Anda

Pengguna Touch ‘n Go eWallet Berisiko Digodam Untuk Pembelian Kredit Permainan Menerusi Steam

Sumber