Pasti ramai yang meluangkan masa di hadapan skrin gadget pada masa ini. Dengan kecanggihan telefon pintar pada masa kini, anda sudah mampu mengedit terus video green screen melalui aplikasi telefon pintar sahaja.

Memetik dari ciapan @dyeanarose, beliau telah berkongsi mengenai cara-cara untuk menyunting video dengan hanya menggunakan kamera telefon serta sebuah aplikasi sahaja. Pertama sekali, anda perlu memuat turun aplikasi “Videolap Editor” untuk kegunaan penyuntingan video yang bakal dihasilkan.

Setelah anda sudah membuka aplikasi ini, anda boleh pilih sama ada ingin mendapatkan setting yang premium dengan membuat langganan pakej yang disediakan ataupun abaikan dengan menekan butang “X” di bahagian atas.

Selepas itu, anda boleh klik pada button+” dan pilih “Select More Photos” untuk memilih video atau gambar yang ingin disunting.

vocket-green-screen-4-side
Sumber Gambar: Twitter

Seterusnya, anda boleh menggunakan satu gambar atau video untuk dijadikan sebagai latar belakang green screen. Seperti yang anda boleh nampak di atas, sebuah gambar yang bertemakan futuristik telah dipilih sebagai background dalam tutorial ini.

Setelah itu, tekan butang “Mixer” dan anda perlu menggunakan video yang telah diambil bersama green screen sebagai subjek yang ingin digunakan pada projek ini.

Lalu klik pada setting “Chroma” dan pilih warna hijau yang terdapat pada video tersebut. Warna hijau itu ialah warna background yang diletakkan pada bahagian belakang subjek.

vocket-green-screen-intensity
Sumber Gambar: Twitter

Sekiranya anda mendapati video seperti tidak lancar, boleh cuba adjust setting seperti intensity dan shadow mengikut kesesuaian konten video yang sedang disunting.

Akhir sekali, anda boleh melakukan beberapa perubahan seperti saiz green screen, brightness, contrast mengikut cita rasa sendiri lalu pilih Transform untuk menukarkan background green screen berdasarkan tema yang ditetapkan. Sesudah itu, anda boleh terus save dan export video ke galeri telefon pintar.

Sementara itu, beliau ada mengulas berkenaan topik pemilihan saiz green screen untuk penggunaan subjek yang berbeza. Jika anda hanya ingin menfokuskan pada tempat yang kecil, boleh guna green screen yang berukuran 145cm sahaja.

Anda turut dicadangkan untuk mendapatkan saiz yang lebih besar dan diperbuat dari material nylon bagi kegunaan untuk mengambil gambar dan merakam video  sekaligus. Penggunaan green screen yang diperbuat dari cotton juga tidak disyorkan kerana dikhuatiri lebih mudah untuk berkedut dan akan menyukarkan proses penyuntingan.

Perkongsian ini pasti dapat memberi manfaat kepada anda yang ingin menghasilkan konten video dengan lebih menarik  melalui aplikasi telefon pintar sahaja. Anda juga akan lebih teliti dalam mendapatkan peralatan yang sesuai.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengetahui cara untuk install iOS 15 Developer Beta di iPhone dan menikmati live stream Euro 2020 tanpa menggunakan Astro.

Bagaimana Cara Untuk Install iOS 15 Developer Beta Di iPhone Anda

Cara-Cara Live Stream Euro 2020 Secara Sah Tanpa Menggunakan Astro

 

Sumber