Tirai persidangan WWDC21 telah pun berlabuh pada 7 Jun yang lalu. Pelbagai intipati yang telah dibentangkan oleh syarikat Apple. Perkara yang paling menarik perhatian pada kali ini ialah update iOS 15 yang didatangkan dengan bermacam fungsi yang mengagumkan. Kini anda juga boleh jadi pengguna yang terawal untuk merasai pengalaman menggunakan iOS 15 di Malaysia.

Pada masa ini, anda boleh mengakses semua fungsi iOS 15  dengan menyertai Apple Beta Programme. Terdapat dua jenis program yang disediakan oleh pihak Apple kepada mereka yang berminat untuk mendapatkan lebih awal update iOS 15  iaitu Developer Beta dan Public Beta.

Risiko menggunakan beta sofware

Beta software merupakan sebuah produk yang masih di dalam proses percubaan bagi kemas kini yang akan datang. Anda mungkin akan berhadapan dengan pelbagai isu seperti glitches, bug dan lebih teruk lagi membuatkan iPhone anda tersangkut semasa proses percubaan.

Pada peringkat awalnya, anda tidak akan dapat merasai pengalaman pengguna seperti yang diimpikan kerana ia masih belum stabil untuk dilancarkan secara rasmi kepada pengguna.

Oleh itu, jika anda memang berminat untuk menggunakan iOS 15, anda diingatkan supaya membuat backup versi update yang sedia ada di iPhone berkenaan serta file-file penting sebelum memasang update iOS 15 beta.

 Cara Untuk Install iOS 15 Developer Beta di iPhone Anda

vocket-update-iOS15-developer-beta-1
Sumber Gambar: Apple

Untuk menjadi ahli Developer Beta secara rasmi, anda bakal dikenakan caj bayaran tahunan sejumlah $100 (RM 411).  Jika anda berminat untuk mendapatkan update iOS 15 sebagai developer, anda boleh klik di sini developer beta.

Ini cara-cara untuk anda mendapatkan iOS 15 Developer Beta
vocket-update-iOS15-developer-beta-3
Sumber Gambar: Macworld
  1. Lawati laman Safari melalui iPhone anda, kemudian pergi developer.apple.com dan login akaun Apple anda.
  2. Pergi ke bahagian Downloads pada senarai bahagian kiri menu dan skrol ke bawah sehingga iOS 15 beta dan klik Install Profile dan Accept.
  3. Buka bahagian Settings apps. Anda patut nampak Profile Downloaded di bahagian atas skrin utama lalu klik iOS 15 beta profile. Jika anda tidak nampak sebarang perubahan, boleh pergi ke General > Profile dan tekan iOS 15 beta profile di situ.
  4. Tekan Install pada bahagian atas kanan untuk akses iOS 15 beta profile.
  5. Lalu anda dikehendaki untuk menerima segala terma dan syarat yang ditetapkan.
  6. Restart semula iPhone anda
  7. Sekarang anda terus menuju ke Settings > General > Software Update dan akan terpapar iOS 15 beta. Tekan Download dan Install.
  8. Tunggu sehingga proses memuat turun iOS 15 sudah selesai dan terus boleh digunakan apabila notifikasi update sudah keluar.

Jika semua proses di atas berjalan dengan lancar, iPhone anda kini secara rasminya telah menjalankan iOS 15 yang terbaru.

Cara Untuk Install Update  iOS 15 Public Beta di iPhone Anda

vocket-update-iOS15-public-beta-1
Sumber Gambar: Apple

Manakala bagi mendapatkan iOS 15 Public Beta, anda boleh mencipta akaun iOS 15 public beta secara percuma. Tambahan pula, versi ini lebih selamat untuk digunakan kerana software yang disediakan lebih mesra pengguna dan telah ditambah baik dari sebelumnya.

Ini cara-cara untuk anda mendapatkan iOS 15 Public Beta
vocket-update-iOS15-developer-beta-2
Sumber Gambar: Macworld
  1. Klik Sign Up pada halaman Apple Beta Page dan daftar menggunakan akaun Apple anda.
  2. Masuk ke bahagian Beta Software Program.
  3. Tekan Enrol di iPhone anda.
  4. Pergi ke laman Apple Beta Software.
  5. Muat turun dan pasang konfigurasi profil yang diberikan.
  6. Anda bakal menerima kemas kini public beta apabila sudah tersedia di bahagian SettingsGeneral > Software.

Dalam pada itu, public beta hanya akan diedarkan kepada pengguna seawal bulan Julai ini. Jadi anda boleh merebut peluang dengan mendaftar sebagai beta tester pada kali ini. Kami akan kongsikan lagi sebarang informasi terbaru mengenai update iOS 15 pada masa akan datang.

Selain cara-cara install iOS 15 beta ini, anda mungkin mahu membaca cara-cara menjaga battery health iPhone anda di bawah juga kerana setiap kemas kini iOS pasti ada masalah pada prestasi bateri.

Bagaimana Menjaga Battery Health iPhone Anda Supaya Tidak Cepat Turun

Mengapa Fungsi Terbaru Pada iPhone Sering Lewat Dikeluarkan Kepada Pengguna