Secara tradisinya bagi Apple akan melancarkan iOS versi terbaru serentak pada tahun yang sama untuk keluaran model iPhone yang terbaru. Sinonimnya pada bulan September selalunya dipilih bagi pelancaran peranti terbaru dari Apple tetapi disebabkan pandemik yang melanda telah menyebabkan pelancaran siri iPhone 12 ditunda dari tarikh asal.

Namun, iOS 14 masih dilancarkan di bulan September pada tahun yang lalu. Jangkaan penawaran kemas kini iOS 15 juga akan menurut langkah yang sama iaitu pada bulan September ini. Apple berkemungkinan besar akan mebincangkan kemas kini iOS di persidangan pemaju tahunan WWDC 2021 yang akan berlangsung pada 7 Jun hingga 11 Jun.

Vocket-iOS15-model-iPhone-list
Sumber gambar : inf.news

Berdasarkan khabar angin mengenai sokongan kemas kini iOS 15 yang terbaru ini memerlukan peranti model iPhone 7 dan ke atas sehaja. Sepertinya, kemaskini iOS 15 memfokuskan peranti yang dikuasakan cipĀ  A10 yang merangkumi iPhone 7, dan iPod touch.

Sekiranya anda pengguna iPhone pasti tidak sabar dengan sokongan kemas kini iOS 15 yang pasti akan menawarkan lebih banyak fungsi yang menarik serta kemas kini keselamatan bagi menjaga privasi pengguna. Mari kita nantikan berita rasmi dari Apple sendiri mengenai kemas kini iOS 15 pada tahun ini.

Apple telah menawarkan model iPhone 12 dan 12 mini dengan warna baru dan lebih feminin pada bulan lalu.

Apple iPhone 12 Dan 12 mini Sedia Ditawarkan Di Malaysia Bermula Hari Ini

Lebih Feminin Dan Ceria, Apple Perkenalkan iPhone 12 Dengan Warna Ungu