Apabila Apple mengumumkan kemas kini yang terbaru kepada iPhone, pasti peminat Android hanya menggangap ia fungsi yang sudah lapuk. Namun, Apple mampu membuktikan dengan penyampaian fungsi yang lebih baik walaupun mengambil jangka masa yang lebih panjang.

Apabila orang melabelkan syarikat Apple sebagai ketinggalan dalam membangunkan sesuatu fungsi atau produk, ia merupakan sebuah kenyataan yang sangat agresif. Apple sudah bertapak di dalam industri lebih dari 45 tahun yang lalu, pasti mereka mempunyai strategi tersendiri dalam menyaingi kemajuan teknologi di dalam industri.

vocket-iPhone-features-konten-3
Sumber Gambar: Business Insider

Hal yang demikian, syarikat Apple sangat mementingkan satu ekosistem yang boleh digunakan pada semua produk dibawahnya. Fungsi – fungsi baru selalunya akan melalui proses pembangunan yang lama bagi mencapai tahap yang terbaik dan dapat diserasikan dengan sebanyak mungkin generasi iPhone sebelum ia menjadi kemas kini yang rasmi.

Seterusnya, syarikat Apple juga mengambil pendekatan untuk meneliti dan mencari ruang untuk penambahbaikan fungsi yang sedia ada dari pesaing industri. Secara tidak lansung, ini dapat menjimatkan masa serta kos bahkan Apple juga mampu meperhalusi hasil projek dengan lebih terperinci.

vocket-iPhone-features-konten-last
Sumber Gambar: CNBC

Meskipun fungsi yang terbaru dikeluarkan oleh Apple telahpun lama tersedia di platform Android, tetap ia dilihat sebagai inovasi baru kerana lebih pratikal untuk kegunaan seharian. Sebagai contohnya, iMessage versi yang baru mampu mengasingkan sebarang media yang dikongsi ke dalam folder khas bagi memudahkan pencarian di masa kelak,

Majoriti respon yang diterima dari pengguna internet sendiri menunjukkan mereka lebih selesa menerima hasil produk yang sempurna walaupun mengambil masa yang lama berbanding ia dilancarkan sebagai gimik inovasi untuk marketing semata- mata. Jadi, langkah yang diambil oleh Apple adalah sangat wajar dalam memberikan pengalaman penggunaan yang lancar dalam jangka masa panjang.

Ketahui juga mengapa Apple EarPods hanya ditawarkan dengan warna putih sahaja.

Ini Sebabnya Apple EarPods Hanya Ditawarkan Dengan Warna Putih Sahaja

8 Perkara Penting Yang Dikongsikan Kepada Peminat Apple Sempena Acara WWDC21

 

Sumber