Sistem audio memainkan peranan penting terutamanya sewaktu anda sedang menonton filem atau mendengar muzik dan juga bermain games. Jadi, ramai yang mendapatkan speaker PC terbaik untuk mendapatkan hasil bunyi yang lebih baik dan berkualiti untuk komputer atau laptop yang digunakan.

Dengan speaker tambahan ini, anda boleh melaras efek bass serta menyokong nada atau bunyi berfrekuensi tinggi. Oleh itu, mari kita lihat pilihan speaker PC terbaik yang boleh didapatkan di Shopee hari ini.

1. HP DHS-2111 USB Speaker

speaker pc terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh dapatkan sebuah speaker yang berkualiti tinggi di bawah RM30 iaitu HP DHS-211. Model ini mempunyai rekaan yang kompak dalam masa yang sama boleh menawarkan hasil audio yang cukup baik menerusinya. Terdapat knob kawalan yang boleh memudahkan anda membuat pelarasan kelantangan untuk audio yang dimainkan.

Model HP DHS-211 ini didatangkan dengan dua speaker jadi hasil audio yang ditawarkan juga adalah imersif dan jelas. Malah, pengguna boleh menyambung terus pada komputer menggunakan USB yang tersedia. Jadi, anda boleh gunakan speaker ini secara fleksibel kerana boleh dialih dengan mudah.

Kini anda boleh dapatkan HP DHS-2111 USB Speaker dengan harga serendah RM25.90 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang HP DHS-211 USB Speaker

2. SonicGear Titan 3 BTMI Desktop Speaker

Sumber Gambar: Shopee

Bila bercakap mengenai speaker PC yang berkualiti dan berbaloi, jenama terkemuka SonicGear pasti menjadi pilihan pengguna di luar sana. Model SonicGear Titan 3 BTMI ini bukan hanya menawarkan sistem audio yang padu sahaja, malah hadir dengan rekaan yang kompak untuk dibawa ke mana-mana kerana jenis mudah alih.

Selain boleh dihidupkan menerusi USB, hadir bersama slot kad SD yang menyokong fail MP3, WAV dan WMA. Di samping itu, anda boleh memainkan sebarang musik daripada peranti dengan menggunakan bluetooth atau pun menggunakan ciri radio yang terbina. Terdapat bicu audio yang disediakan untuk anda yang mahu menggunakan fon kepala dan seumpamanya.

Kini SonicGear Titan 3 BTMI Desktop Speaker boleh sedia ditawarkan dengan harga serendah RM59 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang SonicGear Titan 3 BTMI Desktop Speaker

3. Creative Pebble Plus 2.1 Desktop Speaker 

Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan speaker yang menarik di dalam pasaran hari ini adalah Creative Pebble Plus 2.1. Model ini memang sesuai untuk anda mahu minat rekaan simple dan minimalis dalam masa yang sama boleh menawarkan sistem audio yang terbaik. Prestasi audio yang dihasilkan memang padu lebih-lebih lagi sewaktu memainkan muzik padanya.

Malah, bunyi yang dihasilkan juga tidak pecah walaupun dilaraskan kelantangan pada tahap maksimum. Ditambah pula dengan kehadiran subwoofer yang memang memberi impak audio yang lebih imersif menerusinya. Speaker ini juga hanya menggunakan USB dan tidak perlu disambungkan pada soket lagi.

Anda boleh dapatkan speaker bajet ini dengan tanda harga RM170 sahaja di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Creative Pebble Plus 2.1 Dekstop Speaker

4. Edifier X230 – 2.1 Gaming Multimedia Speaker 

speaker pc terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Seperti namanya, anda boleh jangkakan speaker ini sememangnya direka khas untuk para gamer. Model ini dilengkapi dengan efek lampu RGB yang boleh diubah suai untuk meningkatkan lagi pengalaman permainan. Selain itu, speaker Edifier ini turut didatangkan bersama pelbagai jenis input audio supaya boleh dihubungkan pada pelbagai peranti.

Subwoofer kayu yang berkualiti tinggi Edifier X230 ini mampu menghasilkan bunyi bass yang padu serta audio yang jelas. Rekaan yang kompak juga dapat memudahkan anda memuatkan speaker ini pada ruangan yang kecil. Terdapat panel kawalan untuk lampu RGB dan audio yang boleh diakses dengan mudah.

Jika speaker Edifier X230 ini memenuhi citarasa anda, kini model ini sedia didapatkan dengan harga RM279 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Edifier X230 – 2.1 Gaming Multimedia Speaker

5. Logitech Z333 2.1 Multimedia Speaker System

speaker pc terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Untuk anda yang mahukan sebuah speaker bajet yang bagus, model Z333 daripada jenama Logitech memang menjadi pilihan ramai. Speaker ini jenis modular yang merangkumi dua speaker, subwoofer dan tombol mini untuk mengawal kelantangan audio. Malah, pada subwoofer tersedia tombol bass untuk menyokong audio yang mempunyai bass tinggi.

Di bawah tombol mini tersebut juga telah disertakan bicu fon kepala yang membolehkan anda memasang terus untuk mendengar audio dengan lebih privasi. Secara keseluruhan, audio yang dihasilkan sangat dinamik dan jelas. Model sesuai ini boleh digunakan untuk menonton movie dan kegunaan seharian.

Buat anda yang berminat dengan model Z333 keluaran Logitech, boleh dapatkan di Shopee dengan harga RM289 sahaja.

Beli Sekarang Logitech Z333 2.1 Multimedia Speaker System

6. Razer Nommo 2.0 Gaming Speaker

Sumber Gambar; Shopee

Akhir sekali, jenama perkakasan permainan terkemuka Razer juga hadir menawarkan sebuah speaker yang berkualiti tinggi pada harga premium. Model Razer Nommo 2.0 ini didatangkan dengan reka bentuk yang minimalis serta mempunyai port bass di belakangnya menjadikan pengurusan kabel anda lebih teratur.

Menariknya, speaker ini turut mempunyai ciri gaming focused untuk menghasilkan bunyi yang lebih jelas terutamanya sewaktu sesi permainan. Dengan gabungan ‘Custom Woven Glass Fiber 3-inch Drivers’ boleh membantu menghasilkan audio yang mantap dan tepat so korang boleh dengar setiap lapisan dan butiran audio yang terhasil.

Anda boleh dapatkan Razer Nommo 2.0 Gaming Speaker dengan harga RM399 melalui Shopee.

Beli Sekarang Razer Nommo 2.0 Gaming Speaker

Berdasarkan senarai yang dinyatakan di atas, speaker PC yang paling bagus dan berbaloi untuk didapatkan adalah Creative Pebblue Plus 2.1 Desktop Speaker. Bukan hanya mempunyai rekaan yang menarik semata-mata, malah kualiti audio yang dihasilkan juga sangat mengagumkan dengan tanda harga berpatutan.

Semoga dengan senarai pilihan speaker PC terbaik dapat sedikit sebanyak memudahkan anda membuat pembelian untuk menikmati kualiti yang audio yang padu pada komputer anda. Malah, model yang dinyatakan juga mempunyai maklum balas dan rating yang baik daripada pelanggan sebelum ini.

Selain daripada itu, anda juga boleh ketahui sejumlah monitor berbaloi yang boleh didapatkan dengan kualiti resolusi 4K yang padu di Shopee.

5 Monitor Berbaloi Pada Tahun 2022 Khusus Untuk Gaming Dengan Resolusi 4K

5 Keyboard Mampu Milik Terbaik Bawah RM100 Yang Boleh Didapatkan Di Shopee

Sumber