Keyboard merupakan salah satu komponen yang sangat diperlukan dalam melaksanakan pelbagai tugasan harian anda. Dengan pemilihan keyboard yang baik dapat memberikan pengalaman menaip yang baik serta mampu digunakan dalam tempoh yang panjang. Kini terdapat beberapa keyboard mampu milik yang boleh didapati di pasaran.

Denga bermacam jenis keyboard yang sedia ditawarkan di dalam pasaran, anda mungkin agak rungsing ingin membuat pemilihan yang berbaloi untuk kegunaan harian anda. Berikut merupakan enama keyboard mampu milik terbaik yang boleh didapatkan di bawah RM100 sahaja.

1. Mikuso Portable Business Keyboard

harga mampu milik keyboard
Sumber Gambar: Shopee

Untuk anda yang mahukan sebuah keyboard yang bersaiz kompak dengan rekaan yang ergonomik, ini sememangnya pilihan yang sesuai buat anda. Keyboard ini memang dibuat khas buat mereka yang sering bergerak sewaktu tugasan kerana senang dimuatkan pada ruangan kecil serta sangat tahan lasak.

Ditambah pula terdapat gel perlindungan UV yang diletakkan pada permukaannya supaya setiap abjad dapat bertahan lebih lama walaupun ditaip berulang kali. Bahkan, anda boleh terus memakainya pada mana-mana komputer atau laptop tanpa perlu pemasangan perisian tertentu.

Sekiranya anda berminat dengan keyboard Mikuso ini, boleh dapatkan pada harga serendah RM12.90 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Mikuso Portable Businesss Keyboard

2. Philips C234 Wireless Keyboard

harga mampu milik keyboard
Sumber Gambar: Shopee

Ini antara pilihan model keyboard mampu milik yang sedia ditawarkan di pasaran iaitu Philips C234 Wireless Keyboard. Model ini sangat bersesuaian untuk kegunaan kasual dan pekerjaan kerana mempunyai rekaan papan kekunci yang senang ditekan serta ringan untuk dibawa ke mana sahaja.

Difahamkan ketahanan keyboard ini boleh menahan selama tiga juta kali tekanan yang mana menjanjikan penggunaan pada jangka masa panjang. Anda juga diberikan mouse bersama sejumlah butang tambahan supaya boleh menjadi lebih produktif dan efisien di mana-mana sahaja.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Philips C234 Wireless Keyboard ini, ia sedia ditawarkan pada harga RM39.90 melalui Shopee.

Beli Sekarang Philips C234 Wireless Keyboard 

3. VictSing Wired Mechanical Gaming Keyboard

keyboard murah
Sumber Gambar: Shopee

Selain kegunaan perkerjaan, terdapat juga pilihan keyboard mekanikal yang bersesuaian untuk gaming dengan ketahanan setiap kekunci yang lebih mantap berserta lampu rgb yang menambahkan lagi ciri estetik padanya. Malah, lampu tersebut boleh dikustomasi mengikut citarasa anda dengan lebih 18 jenis mod yang disediakan.

Bercakap mengenai rekaan pula, ia sudah pasti didatangkan dengan ciri ergonomik bagi memastikan anda akan sentiasa berada di dalam posisi yang lebih selesa menerusinya. Menariknya, ia juga boleh disambung dengan menggunakan sebarang kabel type-C sekiranya kabel asal sudah rosak atau hilang.

Anda boleh dapatkan sebuah keyboard mekanikal serba tahan lasak dan mantap pada harga RM72.35 menerusi Shopee.

Beli Sekarang VictSing Wired Mechanical Gaming Keyboard

4. Anker A7726 Bluetooth Keyboard

keyboard murah
Sumber Gambar: Shopee

Anker merupakan antara jenama yang dipercayai oleh para pengguna dengan penawaran produk alternatif yang berkualiti serta mampu milik. Pada kali ini, Anker menawarkan sebuah bluetooth keyboard yang boleh dipadankan pada tablet, komputer riba atau telefon pintar. Hal ini sekaligus membolehkan anda menjadi lebih produktif pada peranti yang digunakan.

Rekaannya yang kompak dan ringan sekaligus membantu anda menjadi produktif walau di mana jua. Dalam masa yang sama, anda juga boleh sambungkan dengan mudah pada platform Android, Mac dan juga Windows dengan mudah. Selain itu, ia sangatlah responsif dan senyap apabila ditekan menerusinya.

Anda boleh dapatkan Anker A7726 Bluetooth Keyboard untuk lebih produktif yang kini ditawarkan pada harga RM74.80 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Anker A7726 Bluetooth Keyboard

5. Logitech MK275 Wireless Keyboard

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda juga boleh mendapatkan sebuah keyboard berkualiti tinggi yang ditawarkan oleh Logitech. Model ini didatangkan sekali bersama mouse yang mana ia menyokong ciri sambungan wireless 2.4Ghz yang pasti akan lebih responsif sewaktu digunakan. Bateri pula mampu bertahan sehingga dua tahun tanpa perlu diganti berulang kali.

Menariknya, terdapat juga butang tambahan yang boleh memudahkan anda melakukan sesuatu seperti memainkan muzik, melaras tahap audio, mengakses e-mel dan juga mematikan komputer yang digunakan. Selain itu, terdapat rekaan ciri senyap tersedia yang berupaya memastikan sewaktu menaip tidak menghasilkan sebarang bunyi padanya.

Kini anda juga berpeluang mendapatkan sebuah wireless keyboard keluaran Logitech pada harga penawaran RM78.90 melalui Shopee.

Beli Sekarang Logitech MK275 Wireless Keyboard

Berdasarkan senarai yang telah dinyatakan di atas, anda boleh dapatkan Mikuso Portable Business Keyboard kerana boleh mudah dibawa ke mana sahaja dan lebih mampu milik. Sekiranya anda mahukan sebuah keyboard yang serba lengkap dan tahan lama, boleh dapatkan keyboard keluaran Logitech yang dijamin berbaloi.

Semoga dengan penyenaraian keyboard berbaloi di atas dapat memudahkan anda membuat pemilihan mengikut keperluan masing-masing. Malah, anda berpeluang mendapatkan potongan harga dan diskaun bersempena perayaan Tahun Baru Cina kali ini.

Sementara itu, anda juga boleh mengetahui lima smart tv terbaik dan berbaloi didapatkan pada tahun ini.

5 Smart TV Terbaik Dan Berbaloi Dengan Harga Bawah RM2,500 Untuk Dimiliki Pada Tahun 2022

5 Tablet Berkualiti Dan Berbaloi Di Bawah RM1,500 Untuk Kegunaan Tugasan Harian

Sumber