Terdapat bermacam jenis monitor yang anda boleh di dalam talian yang mana setiap padanya mempunyai tujuan kegunaan yang berbeza. Jika anda mahukan sebuah monitor untuk kegunaan gaming serta kerja sekaligus, terdapat beberapa cadangan monitor berbaloi yang sedia didapatkan pada hari ini.

Dengan spesifikasi monitor yang serba canggih, ia dapat memaparkan konten dengan lebih jelas serta menjalankan perisian berat dengan lancar juga. Oleh itu, mari kita lihat lima pilihan model monitor berbaloi untuk gaming dengan sokongan resolusi 4K pada tahun ini.

1. AOC 24″ 24B1XH5 FHD Monitor

monitor berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Untuk pilihan bajet, anda boleh cuba model AOC 24B1XH5 yang mana sedia menawarkan ciri resolusi 4K serta sokongan refresh rate 75Hz. Skrin saiz pula sehingga 24-inci dengan sudut pandangan boleh sehingga 178° yang mana sudah pasti boleh memaparkan sebarang konten dengan jelas dan imersif.

Malah, model ini juga didatangkan rekaan bezel yang sangat nipis untuk memastikan game atau media yang dipasang dapat dinikmati sepenuhnya. Anda juga boleh meningkatkan lagi warna paparan dengan menukar tetapan skrin sekiranya mahu kelihatan lebih cerah dan menarik.

Jika anda mahukan sebuah monitor bajet bagi kegunaan yang santai, ini memang pilihan yang berbaloi yang mana sedia ditawarkan pada harga serendah RM539 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang AOC 24″ 2B1XH5 FHD Monitor

2. Samsung 27″ Curved FHD LED Monitor

monitor berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Samsung merupakan salah satu jenama terkemuka dengan penawaran skrin terbaik juga sedia menawarkan sebuah monitor gaming terbaik buat pengguna. Model monitor yang ditawarkan ini mempunyai saiz 27-inci dengan curved design iaitu reka bentuk melengkung untuk pandangan yang lebih mengagumkan.

Dengan adanya pula ciri contrast ratio 3000:1 dan teknologi AMD FreeSync ini sekaligus dapat memberikan paparan konten yang jelas dan juga merendahkan masalah tersangkut sewaktu sesi permainan. Samsung juga membawakan sejumlah ciri dan mod khas yang boleh digunakan bagi memberikan pengalaman penggunaan yang lebih fleksibel menerusinya.

Ini sememangnya pilihan yang sesuai buat anda yang mahukan sebuah monitor mid-range gaming. Kini monitor Samsung ini boleh didapatkan pada harga RM739 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Samsung 27″ Curved FHD LED Monitor

3. LG Ultragear 27″ IPS FHD Gaming Monitor

monitor berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Seperti namanya, anda sudah boleh menjangkakan penawaran sebuah monitor gaming yang cukup berkuasa untuk pelbagai kegunaan yang lain juga. Monitor LG bersaiz 27-inci ini dilengkapi dengan HDR 10 untuk resolusi yang lebih tinggi dari model mid-range lain. Dengan ciri FreeSync dari AMD, monitor ini mampu merendahkan screen tearing dan masalah tersangkut.

Antara ciri menarik lain yang membuatkan ia sangat berbaloi adalah Dynamic Action Sync yang merendahkan input lag dan sokongan 144Hz refresh rate untuk memastikan pengalaman permainan yang lebih padu. Rekaannya juga kelihatan borderless serta boleh diubah ketinggian dan sudut mengikut keselesaan pandangan anda.

Anda boleh dapatkan model monitor keluaran LG ini pada harga RM989 sahaja di Shopee hari ini.

Beli Sekarang LG Ultragear 27″ IPS FHD Gaming Monitor

4. BenQ EW2370U Gaming Monitor

Sumber Gambar: Shopee

Satu lagi pilihan monitor terbaik yang boleh didapatkan untuk gaming adalah model BenQ EW2370U yang mana dilengkapi pelbagai jenis teknologi sepert FreeSync,144Hz refresh rate serta response times 4ms untuk menjamin prestasi gaming yang terbaik. Selain itu, monitor ini turut menggunakan panel VA untuk kontras warna yang lebih tinggi.

Selain itu, monitor ini juga mempunyai sistem audio tersendiri dengan speaker terbina di dalamnya dan juga sensor khas B.I + di mana boleh melaraskan kecerahan dan warna suhu mengikut kesesuaian keadaan secara automatik. Menariknya, terdapat sejumlah port sambungan yang ditawarkan seperti DisplayPort (v1.4), HDMI dan jenis USB-C.

Ini merupakan model monitor yang sangat berbaloi didapatkan sekiranya anda mahu menfokuskan pada gaming dengan resolusi 4K. Kini monitor gaming ini sedia dijual pada harga RM1,599 di Shopee.

Beli Sekarang BenQ EW2370U Gaming Monitor

5. Dell Ultrasharp 27″ U2720Q

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, Dell sedia menawarkan sebuah monitor serba canggih yang bukan hanya sesuai untuk gaming malah urusan pekerjaan dan sebagainya. Model ini sedia menawarkan kualiti warna dan kontrast yang terbaik disebabkan oleh contrast ratio 1300:1. Ditambah pula skrin beresolusi 4K membuatkan semua konten yang dipaparkan sangatlah jelas dan menarik.

Panel IPS tersebut membolehkan sudut pandangan sehingga 178°. Di samping itu, ia juga dilengkapi dengan HDR10 dan kebolehan untuk menukar posisi dari landskap ke potret dengan mudah. Warna yang dihasilkan turut lebih tepat oleh kerana ciri 99% sRGB yang disertakan.

Monitor Dell Ultrasharp 27″ U2720Q ini sedia ditawarkan pada harga RM2,300 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Dell Utrasharp 27″ U2720Q

Berdasarkan penyenaraian monitor di atas, model monitor yang paling berbaloi untuk didapatkan adalah Dell Ultrasharp 27″ U2720Q oleh kerana sedia menawarkan pelbagai fungsi untuk pelbagai kegunaan. Ditambah pula resolusi 4K serta ketepatan warna yang baik sudah pasti dapat menjanjikan paparan konten yang cukup mengagumkan.

Semoga dengan cadangan beberapa pilihan di atas dapat memberikan anda sedikit sebanyak informasi mengenai penawaran monitor berbaloi yang berada di pasaran hari ini. Malah, monitor yang ditawarkan juga sudah pasti boleh menampung kegunaan perisian anda untuk jangka masa yang lebih lama.

Sementara itu, anda juga boleh melihat pilihan laptop gaming yang cukup padu sedia ditawarkan di dalam Shopee pada ketika ini.

5 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Yang Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

5 Smart TV Terbaik Dan Berbaloi Dengan Harga Bawah RM2,500 Untuk Dimiliki Pada Tahun 2022

Sumber