Prestasi battery health iPhone akan merundum apabila anda sentiasa menggunakannya pada setiap hari. Namun, tanpa penjagaan bateri yang betul ia boleh berlarutan dan mengundang kepada masalah yang lebih serius. Terdapat beberapa cara penjagaan battery health iPhone yang boleh diteliti untuk memaksimumkan penggunaan bateri yang sepatutnya .

1. Elakkan iPhone terdedah pada suhu yang ekstrem

vocket-apple-battery-konten-1-edit
Sumber Gambar: Apple

Bateri yang ada di dalam iPhone anda memang sensitif dengan suhu yang terlalu panas. Apple sudah berkongsi secara rasmi berkaitan suhu yang ideal bagi sesebuah iPhone iaitu sekitar 0ºC sehingga 35ºC bagi menjaga battery health.

Oleh itu, elakkan iPhone anda dari keadaan suhu yang terlalu panas kerana ia boleh menyumbang kepada kerosakan kapisiti bateri. Selain itu, anda harus meletakkan iPhone di ruang yang luas dan tidak terdedah kepada cahaya matahari.

2. Kemaskini iPhone anda dengan software yang terkini

ios-14-update

Kebiasaannya kemas kini software yang terbaru daripada Apple akan merangkumi fungsi teknologi penjimatan tenaga. Hal ini kerana software yang terbaru akan diselaraskan dengan kemampuan sistem operasi yang tersedia bagi kelancaran penggunaan.

Dipetik dari TechRadar, pengguna iPhone 11 dapat mengalami perubahan prestasi yang ketara apabila mengemaskini software iOS 14.5 yang terbaru. Kemas kini ini dapat memaparkan bacaan kapasiti bateri dengan lebih tepat malah terdapat penambahan prestasi kepada penggunaan harian.

Berikut adalah cara – cara untuk mengemaskini iOS pada iPhone anda.

  1. Tekan Setting > General > Software Update.
  2. Tekan Customize Automatic Updates. Anda boleh pilih untuk download secara automatik dan install kemas kini tersebut.

*Jika anda mahu mendapatkan kemas kini terbaru secara manual, anda boleh menutup fungsi Automatic Update di bahagian Customize Automatic Updates.

3. Gunakan fungsi Dark Mode

ios-darkmode-3

Pada iOS 13 telah pun diperkenalkan fungsi Dark Mode kepada orang awam. Dark mode sememangnya terbukti dapat meningkatkan jangkat hayat bateri bahkan anda dapat mengharungi sebarang aktiviti seharian tanpa masalah.

Bukan itu sahaja, dengan penggunaan Dark mode juga dapat mengurangkan kelesuan pada mata semasa melayari konten di paparan iPhone. Hal ini dapat memberi manfaat kepada kesihatan mata dan ketahanan bateri sekaligus.

Berikut adalah cara – cara untuk mengaktifkan Dark Mode

  1. Tekan pada Setting dan tekan Display and Brightness
  2. Klik pada Dark untuk mengaktifkan Dark mode

4. Aktifkan Low Power Mode apabila bateri sudah terlalu rendah

vocket-battery-low-power-mode-setting

Low Power Mode merupakan satu fungsi yang boleh memanjangkan hayat battery health iPhone anda apabila bateri sudah terlalu rendah. Di samping itu, fungsi ini juga boleh optimasi prestasi iPhone, merendahkan kecerahan paparan serta meminimumkan penggunaan animasi supaya bateri boleh bertahan lebih lama.

Anda masih boleh menggunakan fungsi utama seperti membuat panggilan, mengakses di talian, menghantar mesej dan pelbagai lagi. Apabila anda sudah mula mengecas, fungsi Low Power Mode akan tertutup serta – merta.

*Untuk mengaktifkan Lower Power Mode, anda boleh pergi ke bahagian Setting. Kemudian, tekan Battery Lower Power Mode.

5. Lihat Battery Usage Information

vocket-battery-setting-display

Kini, anda boleh memeriksa jangka hayat bateri iPhone dengan mudah melalui fungsi Battery Usage Information. Malahan, data yang dipaparkan boleh menjejak setiap informasi aplikasi yang kerap digunakan pada setiap hari.

Oleh hal yang demikian, anda boleh mengetahui aplikasi yang manakah mengambil sebahagian besar peratus bateri sepanjang seharian penggunaan. Antara punca yang boleh menyebabkan bateri anda mudah untuk habis ialah aktiviti aplikasi yang masih beroperasi di sebalik sistem operasi.

*Untuk menggunakan fungsi Battery Usage Information, anda boleh tekan pada Setting dan klik pada Battery.

Jika akhir-akhir ini anda sedang mengalami masalah prestasi bateri iPhone, ini antara teknik yang anda boleh pakai sebagai penjagaan battery health iPhone. Kalau keadaan bateri sudah di tahap kritikal, sebaiknya anda perlu menggantikan bateri dengan yang secepat mungkin supaya boleh membendung dari masalah tersebut.

Ini adalah cara – cara untuk anda live stream Euro 2020 secara sah tanpa menggunakan Astro. Selain itu, anda juga boleh mengetahui mengapa fungsi terbaru pada iPhone sering lewat dikeluarkan kepada pengguna.

Cara-Cara Live Stream Euro 2020 Secara Sah Tanpa Menggunakan Astro

Mengapa Fungsi Terbaru Pada iPhone Sering Lewat Dikeluarkan Kepada Pengguna