Seperti yang ramai sedia maklum, Apple pada hari ini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu siri iPhone 13 yang hadir dengan refresh rate 120Hz bagi model Pro.
Penawaran kemas kini terbaru yang dinantikan peminat Apple ini walau bagaimanapun telah menjadi bahan perli syarikat Samsung selepas tampil dengan sebuah tweet ringkas memperlekeh ‘inovasi’ Apple.
We’ve been refreshing at 120Hz for a while now…
— Samsung Mobile US (@SamsungMobileUS) September 14, 2021
Untuk pengetahuan, Samsung sudah menggunakan teknologi ini sejak daripada telefon pintar flagship keluaran tahun lalu. Malah, jenama yang lain juga sudah mulai menggunakan teknologi ini sebelum diumumkan Apple.
Samsung for the fucking win😂 https://t.co/g3odTJrSTf
— NVG Alt ✡︎ (@NVG_alt) September 15, 2021
🤣🤣🠠im laughing in 120Hz cuz lol https://t.co/iWjQ8ir5hK pic.twitter.com/HlnAUQOpRJ
— كيف تيكم؟ (@kumahukautahu) September 15, 2021
Holy shit.
Samsung still mocking Apple 🤭 https://t.co/GNMhPcGSaY— Bugscreen (@Bugscreen1) September 14, 2021
Tweet perli daripada Samsung ini nampaknya berjaya membuatkan para netizen terhibur selepas jenama ini sekali lagi memperlekeh usaha Apple. Tidak kurang yang mengatakan teknologi ini mulai diperkenalkan Apple pada Apple iPad Pro.
Situasi seperti ini bukan sahaja berlaku pada kali ini sahaja malah boleh dikatakan terjadi setiap kali Apple melancarkan iPhone baharu. Sebelum ini, Samsung pernah memerli Apple kerana tidak menawarkan palam pengecas sebelum bertindak untuk melakukan perkara yang sama pada model terbaru keluaran mereka.
Ketahui lebih lanjut perubahan yang dibawakan pada siri iPhone 13 yang sedia ditawarkan dengan harga mencecah RM7,599 ini.
Apple Lancarkan Siri iPhone 13 Secara Rasmi Dengan Harga Mencecah Sehingga RM7,599
Siri iPhone 13 Sedia Ditawarkan Secara Rasmi Di Malaysia Seawal 8 Oktober Ini