Pada hari ini, sejumlah konten eksklusif hanya boleh diakses dengan melanggan kepada pihak penyedianya. Harga langganan pula mestilah dimaklumkan kepada pengguna jika berlaku sebarang perubahan. Namun, Apple dilihat mengambil pendekatan yang berbeza untuk isu tersebut.

Terbaharu, Apple telah melancarkan ciri baharu untuk pembangun aplikasi yang membenarkan kenaikan baharu harga langganan dimasukkan secara automatik tanpa pengetahuan pengguna lagi. Ciri ini telah pun dijalankan pengujian sejak Mac lalu dan kini mulai ditawarkan kepada semua pembangun aplikasi di platform tersebut.

Sumber Gambar: Twitter

Dengan ini, jika sesuatu pelan langganan telah dinaikkan harga, ia akan menolak baki akaun anda secara automatik tanpa sebarang makluman. Namun begitu, pihak pembangun aplikasi tidak boleh sewenang-wenangnya berbuat sedemikian kerana terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Antaranya perubahan harga langganan tidak boleh meningkat sampai 5% untuk bulanan dan juga lebih daripada 50% harga asal sementara untuk tahunan tidak mencapai $50 (~RM220.11). Pembangun aplikasi mempunyai hak mengubah harga tanpa pengetahuan hanya setahun sekali dan jika lebih barulah notifikasi dikeluarkan dan pengesahan dilakukan.

Apa pendapat anda mengenai sistem pembayaran langganan Apple baharu ini?  Apa yang pasti anda perlu lebih berwaspada dengan notifikasi yang dihantar jika terdapat perubahan harga lebih sekali daripada pihak pembangun aplikasi kelak.

Sementara itu, Apple dilaporkan sedang menguji iPhone dengan sambungan USB-C yang bakal ditawarkan secara khusus buat pasaran Eropah.

Apple Dilaporkan Sedang Menguji iPhone Dengan Sambungan USB-C Untuk Pasaran Eropah

Mahu Mudahkan Golongan OKU, Apple Perkenalkan Beberapa Ciri Baharu Buat Para Pengguna