Apple baru sahaja memperkenalkan beberapa lagi ciri ketercapaian (Accesability) baharu khusus untuk golongan OKU pada peranti pintarnya. Dengan inovasi yang dibawakan pada ciri terbaharu ini dijangka dapat memudahkan kehidupan seharian pengguna.

Pertama sekali, ciri baharu yang diperkenalkan adalah Door Detection yang boleh mengenal pasti pintu bagi golongan OKU penglihatan. Menerusi iPhone, ia boleh memberitahu pengguna kedudukan pintu, jarak sama ada ia terbuka atau tutup dan bagaimana pintu boleh dibuka seperti ditolak, tarik atau putar.

Sumber Gambar: Apple Newsroom

Selain itu, ia berkebolehan membaca teks pada pintu untuk memaklumkan pengguna nombor bilik dan pelbagai maklumat lain yang tertera. Dalam memastikan ketetapan, ciri Door Detection akan menggunakan sistem LiDAR pada iPhone.

Ciri kedua pula adalah Apple Watch Mirroring yang membolehkan skrin Apple Watch dipaparkan pada iPhone yang digunakan. Kemudiannya, Apple Watch boleh dikawal menggunakan ciri ketercapaian iPhone untuk melakukan arahan suara dan pelbagai lagi.

Sumber Gambar: Apple Newsroom

Dengan ini,  pengguna Apple Watch yang mempunyai isu mobiliti boleh menggunakan iPhone sebagai skrin kedua untuk mengakses fungsi dan sebagainya. Ditambah juga sokongan gestur pada Apple Watch yang mana kini dengan gestur cubit sebanyak dua kali sudah boleh memulakan aktiviti dan banyak lagi.

Seterusnya, ciri Live Captions juga sudah disokong pada peranti iPhone, iPad dan Mac. Kapsyen audio yang sedang dimainkan akan dipaparkan terus pada skrin malah boleh digunakan ketika Facetime, menonton media, telesidang dan banyak lagi.

Sumber Gambar: Apple Newsroom

Akhir sekali, ciri VoiceOver yang merupakan ciri membaca teks pada skrin untuk OKU penglihatan. Menariknya, pihak Apple sedia menambah sokongan 20 bahasa lagi seperti Melayu, Arab, Mandarin dan Vietnam.

Ciri ini juga mempunyai alat penyemak teks yang akan memastikan setiap bacaaan pada dokumen atau e-mel boleh didengari dengan tepat dan mudah. Apple sekali lagi berjaya membawakan inovasi ciri ketercapaian yang sangat membantu di dalam aktiviti seharian pengguna secara khususnya untuk warga berusia dan juga OKU.

Ikuti juga kisah Elon Musk yang tidak ingin meneruskan pembelian Twitter selagi tidak ditampilkan bukti akaun spam hanya 5% di platfom itu.

Elon Musk Tidak Ingin Meneruskan Pembelian Twitter Selagi Tiada Bukti Akaun Spam Hanya 5%

Spotify Sedang Uji Ciri Baharu Yang Membolehkan Artis Menjual NFT Tersendiri

Sumber