Elon Musk kini menyatakan urusan pembelian Twitter tidak akan diteruskan selagi pihak Twitter menunjukkan bukti yang mana akaun spam atau bot hanya sekitar 5% dan ke bawah di platform tersebut.
Menerusi tweet yang dibuat oleh beliau, anggaran kini sekitar 20% akaun adalah akaun bot yang mana sekitar empat kali ganda lebih tinggi berbanding apa yang dilaporkan oleh pihak Twitter. Dengan pendedahan terbaharu ini, beliau turut mempersoalkan rasional disebalik harga saham yang tinggi tetapi platform hanya dipenuhi oleh robot atau spam.
20% fake/spam accounts, while 4 times what Twitter claims, could be *much* higher.
My offer was based on Twitter’s SEC filings being accurate.
Yesterday, Twitter’s CEO publicly refused to show proof of <5%.
This deal cannot move forward until he does.
— Elon Musk (@elonmusk) May 17, 2022
Di samping itu, hal ini juga bakal memberi imej negatif terhadap Twitter serta memberi kesan kepada harga saham semasa Twitter. Ini juga mungkin mendorong kepada penawaran harga yang lebih rendah berbanding apa yang ditawarkan oleh Elon Musk sebelum ini.
Bagaimanapun, sama-sama kita nantikan perkembangan jual-beli Twitter ini sama ada bakal jadi atau sebaliknya. Apa yang pasti, Elon Musk akan pertimbangkan harga tawaran asal jika mereka boleh membuktikan akaun spam hanya sekitar 5% di platform tersebut.
Sementara itu, Spotify dilaporkan sedang menguji ciri baharu yang membolehkan artis menjual nft tersendiri di halaman profil mereka.
Spotify Sedang Uji Ciri Baharu Yang Membolehkan Artis Menjual NFT Tersendiri
TM Sedia Tawarkan Akses Secara Percuma Disney+ Hotstar Buat Pelanggan Baharu unifi 100Mbps