Pasti ramai yang sudah mengetahui akan spekulasi berkaitan peranti iPhone yang bakal menggunakan port USB-C pada masa kelak. Hal ini kerana Suruhanjaya Eropah yang sedang merangka undang-undang yang memaksa para pengeluar untuk menggunakan USB-C pada semua produk elektronik.

Terbaru, Bloomberg melaporkan Apple kini sudah mulai menguji iPhone bersama port USB-C. Dengan langkah ini, ia dijangka boleh membantu Apple memenuhi permintaan dan perundangan yang ditetapkan Kesatuan Eropah. Model tahun ini dijangka masih mengekalkan sambungan Lightning sahaja.

Sumber Gambar: CNET

Dijangka penawaran iPhone bersama port USB-C paling awal pada 2023 kelak. Ini juga bakal melaraskan penawaran iPhone tersebut bersama Macbook dan iPad yang sedia menggunakan sambungan USB-C.

Dalam masa yang sama, Apple turut sedang membangunkan converter khusus bagi memastikan pelbagai aksesori berasaskan Lightning pada hari ini akan dapat kekal digunakan. Namun begitu, terdapat kemungkinan model ini bakal ditawarkan secara khusus buat Eropah terlebih dahulu sebelum diperluaskan ke peringkat global.

Sementara itu, sebuah rendering konsep 3D iPhone 14 Pro telah pun dikongsikan di dalam talian dengan rekaan yang lebih menarik.

Ini Mungkin Rekaan Dan Spesifikasi Yang Bakal Ditawarkan Buat iPhone 14 Pro

Apple Umum Secara Rasmi Bakal Tamatkan Pengeluaran iPod Touch