Apple baru sahaja mengesahkan bahawa mereka sudah menamatkan iPod Touch secara rasmi dan tiada perancangan untuk menyambung pengeluaran produk baharu dibawahnya. Dengan ini, Apple hanya sekadar menawarkan iPod Touch yang sedia ada sehingga habis terjual.
Apple juga dilihat menamatkan era iPod yang dahulunya sangat popular di kalangan pengguna di seluruh dunia. Perkara ini bukanlah mengejutkan kerana majoriti pengguna sudah mulai beralih ke peranti iPhone yang serba lengkap termasuklah dengan ciri pemain lagu bersamanya.
Ini membuatkan produk tersebut semakin tidak relevan dengan situasi hari ini yang lebih canggih. Model terakhir dalam keseluruhan generasi iPod ialah pada tahun 2019 dan selepas itu tiada lagi model baharu yang diperkenalkan sebagai generasi terkini.
Malah, kita sedia melihat Apple kini lebih menfokuskan kepada produk audio mereka iaitu AirPods yang mana mempunyai lebih banyak permintaan di peringkat global. Jadi, sangat tidak berbaloi untuk mereka membelanjakan sejumlah wang hanya untuk produk yang tidak relevan lagi pada masa kini.
Dalam masa yang sama, Apple juga dijangka bakal membawakan siri MacBook Air genarasi baharu dengan beberapa ciri menarik padanya.
MacBook Air 2022 Dengan Rekaan Baharu Dijangka Hadir Pada Pertengahan Kedua Tahun Ini
Lebih ‘Fresh’ Dan Menarik, Apple MacBook Air 2022 Dijangka Hadir Dengan Pelbagai Pilihan Warna