Syarikat Apple sangat terkenal sebagai trendsetter di dalam dunia industri teknologi. Setiap kali produk yang dilancarkan pasti menjadi bualan orang ramai dan jadi rujukan kepada pihak pesaing. Produk Apple AirPods sehingga kini masih mengekalkan penawaran putih kepada para pelanggan.

Sewaktu Apple EarPods generasi pertama diperkenalkan pada 23 Oktober 2001, ramai mengharapkan ia bakal ditawarkan dengan pelbagai warna seperti yang tersedia di pasaran. Namun, Apple memilih untuk lari daripada kebiasaan untuk tidak menawarkan warna hitam dan cuma memperkenalkan Apple EarPods dengan warna putih sahaja.

ipod-campaign-mbaknol-e1422018366635

Warna putih telah menjadi simbolik sebagai warna rasmi untuk produk Apple. Bagi Apple rekaan dan identiti jenama merupakan satu elemen penting. Mereka menginginkan produk tampil kelihatan unik dan senang dikenali oleh orang awam. Idea ini bermula apabila penghasilan iPodĀ  di mana logo Apple tidak senang dikesan apabila dipegang.

Jadi Apple mengambil inisiatif untuk menfokuskan ciri yang paling ketara yang dapat dilihat dari luaran ialah pemilihan warna. Hasil daripada pemilihan warna putih sebagai warna rasmi pada setiap produk Apple, orang umum boleh mengenali produk Apple tanpa perlu diberitahu serta memudahkan produk Apple menjadi sangat menonjol di luar sana.

vocket-apple-earbuds

Dengan rekaan yang estetik dan inovasi terkini pada produk Apple telah menjadi satu lambang kebanggaan bagi peminatnya. Orang ramai juga dilihat sudah meyakini produk yang dikeluarkan jenama Apple tanpa ragu. Lebih -lebih lagi kualitinya yang terjamin dan memenuhi citarasa semasa .

Ini merupakan sebuah kejayaan Apple dalam mencipta identiti jenama dan mudah diketahui dipelosok dunia. Namun, kini Apple dilihat bersikap lebih terbuka dengan penawaran pada barisan produk yang baru terdapat pelbagai variasi warna bagi mengikuti permintaan pasaran era ini.

Ulasan mengenai Apple Airpods, ‘Headphone’ premium penuh gaya dengan harga RM2,399 ada di pautan bawah.

Apple AirPods Max, ‘Headphone’ Premium Penuh Gaya Dengan Harga RM2,399

Apple AirPods Mula Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga RM1,099

Sumber