Berikutan acara Apple Peek Performance baru-baru ini, lebih banyak spekulasi yang timbul daripada penganalisa terkemuka mengenai barisan MacBook Air 2022 yang akan ditawarkan pada tahun ini. Ramai peminat Apple mahukan sesuatu pembaharuan yang besar terhadap model komputer riba kegemaran mereka.
Menerusi perkongsian penganalisa terkemuka, Ming-Chi Kuo, dijangka barisan MacBook Air kali ini bakal menerima perubahan reka bentuk yang lebih fresh di mana bukan sahaja mempunyai bentuk tirus, malah ia bakal menerima binaan yang lebih nipis dan ringgan berbanding model sebelumnya.
Bahkan, Apple juga dikatakan bakal menawarkan pelbagai pilihan warna sama seperti iMac 24-inci. Warna yang dimaskudkan termasuklah biru, hijau, merah jambu, perak, kuning, oren dan ungu. Spekulasi juga mengatakan laptop ini bakal menampilkan bezel berwarna putih untuk memadankan dengan warna papan kekuncinya.
Selain reka bentuk baharu, MacBook Air akan hadir dengan cip M1 di mana terdapat perbezaan daripada khabar angin yang didengari sebelum ini. MacBook Air 2022 juga tidak akan menampilkan paparan LED mini, yang mana akan dikhususkan untuk produk Apple yang flagship. Macbook Air dijangk akan tiba pada suku kedua atau ketiga tahun ini.
Selain itu, Apple juga dikhabarkan dalam perancangan membangunkan Mac Mini bersama cip M2 dan M2 Pro.
Apple Dalam Perancangan Bangunkan Mac Mini Dengan Cip M2 Dan M2 Pro
Apple Dijangka Memperkenalkan Model Mac Terbaru Bersama Cip M2 Pada Tahun Ini