Selepas dilancarkan MacBook Pro 2021 pada baru-baru ini, kini ramai peminat Apple yang teruja untuk melihat kemas kini MacBook Air generasi baharu pula. Terdapat beberapa maklumat yang dikongsikan oleh peniris berkaitan MacBook Air 2022 sebagai gambaran awal untuk semua.

Menerusi laporan 9to5Mac, dikatakan MacBook Air bakal menerima kemas kininya pada pertengahan tahun 2022 kelak. Bahkan, beberapa fungsi di MacBook Pro juga akan turut disertakan pada komputer riba MacBook Air malah hadir dengan rekaan yang serba baharu berserta penawaran pelbagai warna seperti iMac 24-inci sebelum ini.

Sumber Gambar: 9to5mac

Di samping itu, Apple juga dijangka mungkin menyertakan cip Apple M2 pada MacBook Air berkenaan. Bukan itu sahaja, penawaran harga yang lebih tinggi buat MacBook Air 2022 juga antara yang dijangkakan menerusi maklumat awal ini. Kehadiran takuk pada skrin masih belum dipastikan lagi setakat ini.

Apa yang anda boleh jangkakan pelancaran produk Apple yang seterusnya pada tahun 2022 nanti adalah Mac Mini baharu, iPhone SE, iMac dan iPad Pro generasi baharu juga. Sama-sama kita nantikan maklumat berkaitan produk baharu Apple yang bakal dikongsikan lagi.

Sementara itu, Apple MacbBook Pro yang terkini dengan cip M1 Max dijangkakan bakal menerima fungsi High Power Mode.

Apple MacBook Pro Dengan Cip M1 Max Bakal Ditawarkan Fungsi ‘High Power Mode’

Apple Dijangka Lancarkan iMac Generasi Baharu Dengan Rekaan Skrin Bertakuk

Sumber