Apple sebelum ini sudah pun tidak menawarkan lagi cip intel dan sedia membuat peralihan secara menyeluruh sebaik mereka berjaya membangunkan cip Apple Silicone. Hal ini kerana mahu menggurangkan kebergantungan kepada cip yang ditawarkan oleh pihak luar sahaja serta mahu berdiri di atas kaki sendiri.
Sehubungan itu, kini Bloomberg telah melaporkan Apple dijangka memperkenalkan sebanyak tujuh model Mac pada tahun 2022 ini. Menariknya, sebahagian daripada senarai model yang diperkenalkan juga bakal disertakan dengan cip Apple Silicone terbaharu iaitu M2 dan M2 Pro. Berikut senarai tujuh model Mac yang bakal diperkenalkan pada tahun ini.
- Mac Mini menggunakan cip Apple M1 Pro
- MacBook Pro 13-inci menggunakan Apple M2 Pro
- Mac Mini menggunakan cip Apple M2
- iMac baharu menggunakan cip Apple M2
- MacBook Air menggunakan cip Apple M2
- iMac Pro menggunakan cip Apple M1 Pro dan M1 Max
- Max Pro dengan cip pemprosesan Apple Silicon berkuasa tinggi
Di samping itu, Apple dijangka akan mengumumkan Mac 2022 ini dalam dua fasa yang berlainan di mana pengumuman awal dijangka diumumkan seawal Mac ini yang merangkumi Mac Mini dan Macbook Pro. Baki model selainnya di bawah keluarga Mac dijangka diumumkan sekitar Mei atau Jun 2022 kelak.
Bagaimanapun, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut berkaitan dengan penawaran Mac generasi baharu untuk sepanjang tahun 2022 ini. Sudah pasti ramai tidak sabar untuk melihat bagaimana cip Apple Silicone terbaharu ini beroperasi dalam senario dunia sebenar.
Di samping itu , Apple iPhone 14 Pro juga dijangka bakal hadir dengan RAM sebesar 8GB oleh kerana sensor kamera yang lebih besar padanya.
iPhone 14 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Baharu Beserta Penyertaan Kamera Pada Atas Skrin