Apple dijangka bakal melancarkan beberapa peranti baharu pada tahun ini termasuklah iPhone SE 5G dan iPad Air generasi baharu yang dinantikan oleh para peminatnya. Peranti-peranti ini menjadi sasaran buat mereka yang mahukan sebuah peranti Apple dengan penaik tarafan teknologi pada harga mampu milik.

Menurut Mark Gurman, Apple kini dilaporkan sedia memperkenalkan iPhone SE 5G bersama iPad Air 2022 dalam bulan Mac atau lebih awal sekitar 8 Mac 2022 kelak. iPhone SE 5G dijangka bakal meneruskan legasi kejayaan seperti generasi sebelumnya yang mana mampu menjana keuntungan jutaan ringgit.

Sumber Gambar: iMore

Berdasarkan spekulasi sebelum ini juga, iPhone SE 5G ini dijangka mengekalkan rekaan seperti model sebelumnya iaitu iPhone SE 2020 akan tetapi dilengkapi dengan cip pemprosesan yang lebih berkuasa, teknologi kamera dipertingkatkan dan yang paling penting sekali sokongan 5G.

Tidak dilupakan juga iPad Air 2022 yang mana bakal mendapat pembaharuan sedemikian dengan kehadiran cip pemprosesan lebih pantas dan juga sokongan rangkaian 5G. Terdapat jangkaan rekaan iPad Air 2022 juga tidak bakal menerima perubahan yang ketara pada kali ini.

Sumber Gambar: Houston Chronicle

Menariknya, Apple turut berkemungkinan memperkenalkan Mac baru dengan cip Apple Silicon pada acara yang sama. Acara pelancaran ini dijangka bakal diadakan di dalam talian seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Menerusi kemas kini iOS 15.4 kelak, para pengguna sudah boleh mengakses masuk peranti sambil memakai pelitup muka dengan mudah.

Pengguna Berpeluang ‘Unlock’ iPhone Sambil Memakai Pelitup Muka Menerusi Kemas Kini iOS 15.4

Ini Cara Mudah Untuk Force Restart iPhone Anda Sekiranya Alami Masalah Tersangkut

Sumber