Saat yang dinantikan oleh para peminat Apple sudah pun tiba, kini baru sahaja berlangsungnya acara pelancaran barisan produk terbaharu mereka. Antara produk yang sedia diumumkan adalah iPhone SE 5G generasi baharu.

Tahun ini anda bakal menyaksikan beberapa pembaharuan menarik yang ditawarkan pada model iPhone SE kali ini. Berikut merupakan spesifikasi telefon pintar mampu milik mereka pada kali ini.

iPhone SE 2022

Sumber Gambar: Apple

Seperti yang dijangkakan ramai, iPhone SE 2022 sedia hadir dengan cip Apple A15 Bionic yang berkuasa tinggi untuk pemprosesan yang lebih lancar serta boleh memainkan sebarang perisian dengan baik menerusinya. Selain itu, model kali ini juga hadir dengan Touch ID pada bahagian hadapan sebagai ciri sekuriti untuk mengakses masuk peranti mahupun pembayaran kelak.

Yang pastinya, iPhone SE 2022 bakal dilengkapi dengan sokongan rangkaian 5G sekaligus menjadikan telefon pintar ini sebagai iPhone paling mampu milik. Bercakap mengenai kamera pula, model ini turut hadir menggunakan kamera 12-megapiksel padanya seperti yang ditawarkan pada siri iPhone 13.

Sumber Gambar: Apple

Malah, Apple juga mengatakan bahawa kaca panel hadapan dan belakang telefon sebagai kaca paling terkuat untuk sesebuah telefon pintar. Model ini turut mengekalkan penarafan IP67 untuk kalis air serta ketahanan bateri yang lebih baik untuk penggunaan yang lebih lama.

Model ini sedia ditawarkan dengan harga bermula RM2,099 dan boleh dipra-tempah pada 11 Mac ini untuk mereka yang berminat. Adakah anda berpuas hati dengan penawaran harga serta spesifikasi iPhone SE 2022 kali ini?

Sementara itu, Apple iPhone 14 Pro pula sudah dijangka bakal hadir dengan RAM mencecah 8GB.

Apple iPhone 14 Pro Dijangka Hadir Dengan RAM Mencecah 8GB

Apple Dijangka Tawarkan Siri iPhone 14 Dengan Harga Terendah Beserta Rekaan Serba Baharu

Sumber