Sehingga ke hari ini, iPhone hanya ditawarkan dengan jumlah memori RAM sebesar 6GB untuk model 13 Pro sahaja. Maka, pelbagai spekulasi telah dibuat bahawa bakal hadir sebuah model iPhone yang mempunyai penawaran sehingga 8GB RAM pada generasi akan datang.

Terbaharu, terdapat sumber daripada Korea Selatan yang mendakwa perkara yang sama di mana model iPhone 14 Pro bakal dilengkapi 8GB RAM yang mana selaras dengan khabar angin terdahulu.

Sumber Gambar: Pocket-lint

Menurut sumber lagi, Apple telah mengesahkan pembekalnya dan sedang bersiap sedia untuk memulakan pengeluaran peranti iPhone baharu tersebut. Jika kenyataan ini benar, ini merupakan satu penaik tarafan yang sangat baik serta menjadi idaman para buat peminatnya.

Malahan, penawaran memori sebesar 8GB RAM ini juga secara tidak langsung menjadikan ia sebagai peranti iPhone yang mempunyai RAM paling besar di dalam keluarganya. Selain itu, dikatakan penggunaan RAM yang tinggi pada iPhone 14 Pro disebabkan oleh kamera sensor yang jauh lebih besar dengan jangkaan mencecah 48MP.

Di samping itu, terdapat juga spekulasi mengenai ketiadaan takuk seperti terdahulu pada model iPhone akan datang kelak. Penawaran iPhone yang serba canggih ini dilihat mampu menarik perhatian bukan sahaja pengguna sedia ada malah mereka yang tidak pernah menggunakan produk Apple untuk membelinya.

Sebelum ini pun, rekaan iPhone 14 sudah ditiriskan oleh seseorang dengan rekaan yang lebih ‘fresh’ dan minimalis sekaligus menambat peminat iPhone di seluruh dunia.

Belum Lagi iPhone 13 Dilancarkan, Rekaan iPhone 14 Sudah Mulai Tertiris

iPhone 14 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Baharu Beserta Penyertaan Kamera Pada Atas Skrin

Sumber