Apple dijangka bakal memperlihatkan iPhone 13 terbaru pada acara tahunan mereka secara maya pada minggu hadapan. Namun begitu, model iPhone 14 yang dijangka bakal dilancarkan pada tahun hadapan sudah mulai dibincangkan.

Perkara ini mulai dikesan apabila terdapat carian yang tinggi berkaitan iPhone 14 menerusi platform Twitter dan enjin carian Google oleh pengguna internet. Menerusi perkongsian Frontpagetech, dikatakan siri iPhone 14 pada tahun 2022 bakal hadir dengan rangka diperbuat daripada titanium serta tiada sebarang takuk di bahagian hadapan serta bumper pada bahagian kamera juga.

iphone 14
Sumber: Youtube
Sumber: Front Page Tech
Sumber: Front Page Tech

Perkembangan ini menunjukkan pengguna seperti sudah tidak sabar lagi dengan kehadiran rekaan iPhone tanpa takuk. Penganalisa terkenal, Ming-Chi Kuo pernah memaklumkan siri iPhone tahun 2022 mungkin akan didatangkan ciri paparan punch-hole yang menjadikan ianya terlindung daripada pandangan sewaktu sesi pelayaran.

Akan tetapi, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi tentang rekaan iPhone 14 kerana masih diubah suai selagi ianya belum menjadi rasmi lagi. Buat peminat Apple, sama-sama kita nantikan terlebih dahulu pelancaran model iPhone 13 yang bakal dilancarkan pada minggu hadapan.

Apple sudahpun mengesahkan acara pelancaran pada 15 September ini yang boleh ditonton menerusi laman web rasmi Apple ataupun aplikasi Apple TV.

Apple Mengesahkan Acara Pelancaran Pada 15 September Ini Dengan Jangkaan Kehadiran Siri iPhone 13

Apple Watch Series 7 Dijangka Akan Ditawarkan Dalam Kuantiti Yang Terhad

Sumber