Setelah hampir beberapa bulan menjadi persoalan di kalangan pengguna internet tentang tarikh acara pelancaran produk terbaru Apple, kini Apple telah menjemput para media ke acara maya yang akan diadakan pada 14 September, 10 pagi iaitu 15 September, 1 pagi waktu tempatan.

Acara diadakan secara dalam talian yang boleh distrimkan menerusi laman rasmi Apple ataupun melalui aplikasi Apple TV.

Sumber Gambar: Apple

Pihak Apple masih tidak mengumumkan sebarang produk yang akan dilancarkan di dalam acara ini. Namun begitu, sudah ada desas-desus pelancaran siri iPhone 13 serta beberapa peranti lain seperti Apple Watch Series 7, iPad baharu dan mungkin juga ada kejutan lain semasa acara ini berlangsung nanti.

Adakah anda sudah bersedia untuk melihat produk terbaharu dalam acara tahunan Apple ini. Sama-sama kita nantikan sehingga 15 September minggu hadapan untuk mengikuti acara yang dinantikan oleh semua orang saban tahun.

Dikhabarkan Apple Watch Series 7 dijangka akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad pada acara pelancaran kali ini.

Apple Watch Series 7 Dijangka Akan Ditawarkan Dalam Kuantiti Yang Terhad

Apple iPhone 13 Mungkin Akan Ditawarkan Tanpa Butang Fizikal

Sumber