Syarikat Apple sering melakukan pembaharuan di luar jangkaan pada produk mereka sehinggakan menjadi ikutan syarikat lain juga. Mereka akan memperkenalkan inovasi baharu bagi memastikan produk yang dihasilkan kelihatan lebih estetik dan serba canggih.

Menerusi laporan terbaru, Apple mungkin akan memperkenalkan model iPhone 13 tanpa sebarang butang fizikal pada kali ini. Sebuah permohonan paten Amerika Syarikat telah dibuat oleh Apple di mana butang fizikal akan digantikan dengan peranti input penderiaan kapasitif.

vocket-tech-news-apple-touch-1
Sumber Gamba: Apple Insider

Apa yang menarik dengan ciri ini adalah ia hanya muncul saat digunakan dan hilang sejurus tidak disentuh lagi oleh kerana sistem input penderiaan yang akan berfungsi di bawah permukaan layar telefon. Hasil penyingkiran ini boleh menggurangkan masalah mekanikal sekaligus membuatkan iPhone tampak lebih futuristik.

Setakat ini, fungsi ini masih belum dipastikan bakal ditawarkan pada iPhone dan hanyalah sekadar ura-ura. Beberapa aspek yang perlu dititikberatkan oleh syarikat teknologi gergasi ini sebelum ia ditawarkan kepada pengguna secara rasmi.

Seperti yang dijangkakan oleh ramai orang, siri iPhone 13 mungkin dijual dengan harga yang lebih mahal berbanding iPhone 12 yang lalu.

Siri iPhone 13 Mungkin Dijual Dengan Harga Lebih Mahal Berbanding iPhone 12

Apple iPhone 13 Dijangka Bakal Ditawarkan Seawal 17 September

Sumber