Berdasarkan laporan sebelum ini dikatakan Apple Watch Series 7 menghadapi isu pengeluaran oleh kerana perubahan besar pada rekaan model tersebut. Seperti yang dapat kira lihat, rekaannya sangat berbeza dengan penawaran model yang lepas.

Menerusi laporan terbaru Mark Gurman, Apple dijangka bakal melancarkan Apple Watch Series 7 seiring dengan siri iPhone 13. Namun begitu, pengguna bakal menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya kerana ia mungkin akan dijual pada kuantiti yang terhad pada acara pelancaran berkenaan.

Sumber Gambar: Yanko Design

Beliau berpendapat perkara ini terjadi berikutan penggunaan paparan baharu yang menampilkan rekaan skrin yang lebih rata dan besar pada kali ini. Dikatakan juga jam ini bakal ditawarkan di dalam dua pilihan saiz iaitu 41mm dan 45mm.

Di samping itu, beliau menambah lagi tiada sebarang pembaharuan dari segi fungsi yang akan disertakan oleh kerana Apple mahu menfokuskan pada rekaan siri kali ini. Kenyataan ini sekaligus telah mematahkan dakwaan mengenai kehadiran fungsi pemantauan tekanan darah pada siri terbaru.

Bagi anda yang mahu mendapatkan Apple Watch Series 7 kali ini, anda mungkin perlu menunggu tempoh yang lebih lama untuk mendapatkannya sebelum ia ditawarkan dengan jumlah yang tinggi. Apple dilaporkan bakal mengadakan acara pelancaran siri iPhone 13 dan Apple Watch terbaru dalam masa terdekat ini.

Seperti yang dijangka, Apple bakal membawakan penampilan baharu pada Apple Watch siri kali ini dengan rekaan yang lebih elegan.

Apple Watch Series 7 Dijangka Hadir Dengan Rekaan Yang Berbeza

Mengapa Waktu 10:09 Sering Dipaparkan Di Apple Watch Untuk Tujuan Promosi?

Sumber